Seperti yg kita ketahui zaman ini sudah ada khidmat pemulihan dara di mana gadis2 yg telah terlanjur boleh memulihkan semula dara mereka dgn bayaran tertentu. Perbuatan ini dianggap menipu suami dan tidak jujur dlm perhubungan. Setiap kaum lelaki menginginkan perempuan yg suci utk dijadikan isteri dan tidak pernah disentuh oleh mana2 lelaki lain. Tetapi bagaimanakah lelaki ingin mengetahui bahawa pilihan hati mereka itu benar2 suci, fresh, dan tidak pernah ditebuk sama sekali? Adakah wujud alat atau sensor yg dpt mengesan keperawanan sang gadis? Jika ditanya pada si gadis sudah tentulah mereka mengakui bahawa mereka masih perawan walaupun sebenarnya tidak. Atau si lelaki lebih gemar menunggu sehingga malam pertama dan meletak kain putih di bawah cadar? Apabila tidak ada kesan darah, pagi keesokannya mula kecoh dan bercerai-berai?
Sebagai lelaki kita harus menerima perempuan dgn seadanya. Perkara yg lalu biarkan pergi. Penting sangatkah dara itu? Adakah ianya menjamin kebahagiaan rumah tangga? Sekiranya perempuan itu sudah ternoda dan mereka telah pun insaf dan mengaku secara jujur kisah silam mereka, si lelaki harus menerimanya dgn hati terbuka. Kerana kita sebagai lelaki adalah pelindung wanita, kita harus membimbing mereka dan kita tidak boleh terus membiarkan mereka hanyut di dlm noda dosa. Percayalah bahawa perempuan yg pernah terlanjur dan kemudian insaf akan lebih menyayangi lelaki yg sanggup menerima diri mereka yg sudah tidak berharga itu.
Sesungguhnya perempuan yg baik itu adalah utk lelaki yg baik. Seandainya kita mendapat perempuan yg tidak baik, maka muhasabahlah diri kita kembali. Di manakah silap kita selama ini? Sekiranya kita yakin tidak pernah terlanjur dan sebagainya, maka itu adalah takdir dan percayalah ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian itu.
No comments:
Post a Comment