Akhirnya aku mendapat idea utk menyerang kota2 Burgundii menggunakan virus. Sewaktu Constantinople diserang wabak penyakit, aku menghantar spy yg telah dijangkiti utk menyelinap masuk ke kota2 Burgundii. Akhirnya aku berjaya menyebarkan wabak tersebut. Akibatnya populasi penduduk di kota2 Burgundii berkurang secara mendadak sehingga hampir 10% dan menyebabkan mereka hanya dapat bertahan 5 pusingan (2 tahun setengah) sahaja apabila dikepung oleh tentera Sassanid. Aku menggunakan taktik kejam ini sehingga kesemua jajahan milik Burgundii jatuh ke tangan Sassanid.
Kini aku telah menguasai hampir seluruh eropah kecuali Portugal dan Sepanyol yg dikuasai oleh Vandal dan Western Roman. Namun aku juga perlu mara ke kepulauan British di mana aku perlu menentang empayar Celtic yg menguasai keempat-empat kota di kepulauan tersebut.
Secara teorinya tentera Sassanid telah pun menang. Dengan menguasai 59 wilayah drpd 72 wilayah, kemenangan sudah hampir pasti menjadi kenyataan. Veni, Vedi, Vinci.
No comments:
Post a Comment