Hari tu 25 September- aku balik KL utk pulang beraya. Bas yg aku naik berenti kat puduraya. Apabila sampai saja di hentian puduraya aku terus menuju ke arah stesen LRT plaza rakyat yg terletak kat belakangnya. Padahal boleh jalan kaki terus ke masjid jamek tapi sebab malas punya pasal aku sanggup naik star LRT. Sampai kat situ kena beratur beli tiket, line bukan main panjang. masa tu aku terfikir nak beli tiket ke bdr tasik selatan, lepas tu tukar tren komuter ke kajang. Tapi sebab aku dah setahun tak jejak kaki kat kl sentral, so aku pun beli tiket ke masjid jamek. Sampai sana nanti aku boleh tukar LRT Putra terus ke kl sentral.
Sampai kat stesen masjid jamek, aku lintas jalan dan masa tu aku tengok stesen putra masjid jamek ditutup, tengah buat baik pulih. Arggh... rugi RM1.20 aku. So kena naik star jugak la. aku pun beli tiket bdr tasik selatan harga RM1.70. Masa tggu tren tu punyalah ramai orang. Dah 2 tren aku lepaskan begitu saja. sebab tak nak berebut dgn org ramai utk naik tren yg smpi. Yelah, bulan puasa kan. Aku taknak tersentuh mana2 perempuan bukan muhrim. So, baik aku bersabar dan tak payah berebut. Masa tgh tggu tren tu adalah sorang mamat ni bergesel tangan dgn aku. Aku rasa apasal ada benda berbulu ni. Aku pandang sebelah, oh.. ada sorang bro badan tough ni pakai baju macam singlet. Masa bergesel tangan tu dia pandang aku, tapi aku buat muka biasa je, lagipun bro tu lagi tinggi dari aku.. Takkan aku nak mendongak pandang muka dia pulak.. Tetiba henfon dia berbunyi, dia jawab dan aku terkejut bila dengar suara dia. Lelaki lembut rupanya, suara macam bapuk gitu.. Tapi penampilan dia tak nampak macam bapuk pun. Aku dapat dengar sikit antara bait2 perbualan dia kat telefon, " I tengah tengah tunggu lrt ni, ya Allah.. ramainya orang.. Takut I.." (suara lembut-lembut sikit). Segera aku berundur dari situ, cari tempat jauh sikit.
Tiba2 aku terfikir apasal ada 2 tren yg berlainan signboard tapi ikut arah sama? Satu signboard ampang, satu lagi sri petaling. Sudah. Aku tak tahu nak naik mana satu. Dah lapan tahun lebih aku naik tren, komuter dah lebih seratus kali, lrt putra lebih 20 kali, monorel baru sekali, lrt star baru 5,6 kali kot. Ini pertama kali aku menghadapi situasi macam ni. Nak tengok dekat papan carta perjalanan lrt, dah terlepas kat bawah. Aku dah berada kat atas platform. Aku kini berada di antara 2 persimpangan tanpa kepastian tren mana harus dinaiki. Rekod dan segala pengalaman aku menaiki tren selama lapan tahun tercalar begitu sahaja. Nak tak nak terpaksalah aku bertanya org lain dan berlagak seperti org baru pertama kali naik tren. Mula2 aku nak tanya sorang amoi, tapi dia buat tak tau. Terus jalan tinggalkan aku. Kecewa rasanya. Begini ke sikap orang KL? Aku nak tanya arah je, bukan nak menyamun ke, mencabul ke, minta sedekah ke. Aku pun bersandar dekat besi penghadang.
Tiba2 datang sorang makcik dan berdiri tak jauh dari aku. aku pun bertanya "kak, saya nak tanya sikit. nak pegi bdr tasik sltn naik tren mana?" Kebetulan waktu tu ada tren baru sampai. Makcik tu pun cakap " Naik tren ni, sri petaling". Aku pun ucapkan terima kasih dan terus masuk ke dlm tren tu. So begitulah pengalaman yg aku lalui. Selama ni aku anggap naik tren ni membosankan pasal aku dah selalu sangat naik. Tapi rupanya ada benda lagi yg aku tak tahu dan perlu aku pelajari.
No comments:
Post a Comment