10 January 2009

Cerita buang masa

Penulisan aku kali ini takde isi sangat cuma nak mengupas posting2 yg telah lalu. Dlm misi mencari jodoh tu, aku tak nak ada yg salah faham. Misi tu bermula semester ni cuma ianya takde dateline. Maknanya selagi aku tak jumpa, aku akan terus mencari. Jadi tak payah tanya bila aku nak ada awek. Mesti korang ingat aku ni terlalu memilih, hakikatnya aku memang camtu pun. Tapi aku takdelah minat yg free hair je, gadis bertudung pun aku suka gak. Cuma aku ni tak mudah jatuh hati kat pompuan. Sebagai update utk progress mission; mungkin aku dah ada possible target, cuma aku yg tak tau bila nak mulakan. Sejak beberapa bulan yg lalu, aku menyukai seorg budak pompuan ni tapi entahlah aku tak tau nak buat camne. Antara aku dan dia selalu berlaku kejadian yg tak terduga. Aku ke yg tak mengerti? Aku sendiri keliru sbb sejak dari aku sekolah lagi sampai skg ni, aku selalu dilanda problem camni. Lepas satu-satu silih berganti. Aku dah letih sebenarnya, kerana aku seringkali dilanda kekecewaan. Adakah diri aku ini bukan ditakdirkan utk pompuan, tapi sebenarnya utk lelaki? Ya Allah, bantulah aku! Aku tak nak jadi gay.

Pada korang yg pelik tengok aku selalu berjogging, sebenarnya tanggapan korang bahawa aku nak cari pompuan tu salah. Aku tak tau kenapa korang boleh fikir camtu, ingat aku suka buat kerja sbb ada udang di sebalik batu ke? Korang pernah tengok cerita Sepi tak? Anggaplah aku ni macam watak Sufi yg selalu berlari utk melarikan diri dari masalah. Hahaha, mesti korang (terutamanya Razi) menyampah dgn ayat aku tadi. Apa2 pun aku sentiasa percaya kpd takdir. Biarlah masa yg akan menentukan segalanya.

4 comments:

  1. biar masa yang menentukan tu jim..susah nak interprate maksud tuh..

    aku luahkan rasa cinta aku kat budak yang aku suka..dan die jawap

    "biar masa yang menentukan"..

    ape maknenyer tuh?huhu

    ReplyDelete
  2. Makna berdasarkan cerita aku ialah apabila telah sampai masa yg ditentukan (Allah lebih mengetahui), aku akan bertemu dgn si dia yg aku cari, mungkin dia akan datang kpd aku atau sebaliknya.

    ReplyDelete
  3. Pergh...punyalah menyampah aku dgr ayat ko...rse nk sental jer ko dgn gigi Apek...

    ReplyDelete
  4. betul tu jim. biar masa yg menentukan. aku penah cakap kat pompuan yg aku suke die. padahal mase tu aku x pasti aku btul2 suke dia ke x. nasib baik dia yg suh aku wat keputusan samada nk truskn atau x. jd aku tarik balik la kata2 aku kat dia tu. jd sbg seorng kawan, aku nasihatkn ko x yah le trlalu desperate nk cari jodoh. fikir la btul2 sblm ko wat keputusan. bila dh yakin br ko wat.

    ReplyDelete

http://www.emailcashpro.com