Apakah makna kejayaan yg sebenarnya? Adakah menggenggam segulung ijazah itu merupakan satu kejayaan besar utk kita? Adakah memenangi acara sukan merupakan satu kejayaan besar bagi kita? Allah juga memberikan kejayaan kpd org2 kafir di dlm pelajaran, di dlm sukan, bidang ekonomi dan sebagainya. Jadi apakah bezanya kita yg beragama Islam ni kalau nak dibandingkan dgn org2 kafir?
Erti kejayaan yg sebenarnya bagi org mukmin ialah kejayaan mempertingkatkan ilmu agama yg mereka ada drpd kurang menjadi lebih banyak. Belajar ilmu dunia adalah fardhu kifayah. Kalau ada sorang dua mempelajarinya sudah memadai. Tetapi belajar ilmu fardhu ain adalah perkara yg sepatutnya diutamakan. Namun ramai masyarakat pada hari ini lebih mementingkan hal2 keduniaan. Para ibubapa beria-iya mahu melihat anak2 mereka belajar sehingga ke universiti dan berjaya di dlm kehidupan di dunia. Mereka berbangga apabila anak2 mereka mendapat ijazah dan mendapat pekerjaan yg baik. Tetapi mereka tidak mempedulikan jika anak2 mereka meninggalkan akhirat kerana dunia. Sepatutnya ibubapa menyuruh anak2 mereka mementingkan ilmu agama dan berasa bangga jika anak2 mereka berjaya menjadi anak2 yg soleh.
Bagaimanakah caranya manusia melepaskan tekanan dan mencari ketenangan jiwa? Tahukah kita bahawa cara sebenar utk mencari ketenangan ialah dgn cara mengingati Allah? Bukannya dgn cara2 spt mendengar lagu, pergi tengok konsert, menonton movie atau pergi ke kelab malam. Jika kita mencari ketenangan melalui hal2 keduniaan maka Allah akan menambah perasaan cinta kpd dunia ke dlm hati kita. Dan Allah akan mencabut ketenteraman dari jiwa kita. Berapa ramai org2 kaya yg memiliki harta bertimbun-timbun tetapi jiwa mereka sentiasa berasa tidak tenang walhal mereka mempunyai wang yg banyak dan mampu membeli apa saja hiburan yg mereka mahukan di dunia ini.
Sebenarnya perkara yg perlu kita lakukan ialah mengutamakan akhirat lebih drpd dunia. Bukannya tidak boleh utk bermain game atau menonton perlawanan bola sepak tetapi jgnlah sampai meninggalkan solat. Bukannya tidak boleh belajar ilmu dunia, tetapi jgnlah kita mengabaikan ilmu agama. Ijazah yg kita genggam tiada maknanya lagi jika kita berada di dlm kubur suatu hari nanti. Kita sentiasa bersedia utk peperiksaan akhir semester yg akan ditempuhi pada bulan April nanti. Tetapi adakah kita bersedia utk satu peperiksaan yg lebih besar yg kita sendiri tidak tahu bila kita akan tempuhi? Peperiksaan besar tersebut ialah pertanyaan munkar dan nakir di alam kubur. Seandainya kita mati pada esok hari, maka sia-sialah segala persiapan kita utk peperiksaan akhir semester tersebut. Dan bertambah sia-sialah lagi jika kita langsung tidak membuat persiapan utk kematian kita. Ambillah apa yg perlu sahaja di dunia ini dan tinggalkanlah apa yg tidak perlu. Hanya dgn cara mengingati Allah dan mengingati kematian sahaja dpt menjauhkan kita drpd cinta kpd dunia.
*Tidak salah berpesan-pesan kpd manusia walaupun kita belum melakukan semua kebaikan kerana apa yg penting ialah mengajak kpd melakukan kebaikan dan melarang drpd melakukan kejahatan.
No comments:
Post a Comment