12 February 2009

Siapa kita utk menghukum?

Dlm kehidupan ni, ramai manusia yg alpa dan selalu cepat menghukum org lain. Ada kalanya sesetengah manusia menganggap mereka lebih baik berbanding org lain kerana banyaknya ibadat mereka dan kurangnya mereka melakukan maksiat. Kita perlu ingat bahawasanya setiap apa yg berlaku kat dunia ni ada banyak benda yg tersirat dan tersurat. Ada benda nampak baik, tapi sebenarnya tidak dan begitulah sebaliknya.

Kita ingat bagaimana suatu kisah yang berlaku kepada umat nabi Musa di mana salah seorang daripadanya kuat beribadat manakala kawannya pula begitu hanyut dengan keseronokan dunia sehingga lupa untuk beribadat. Si kuat beribadat sentiasa mengajak kawannya itu supaya berhenti daripada melakukan maksiat tetapi si pembuat maksiat sentiasa menolaknya dengan mengatakan bahawa biarkan dia bersendirian dengan dosanya di mana ia merupakan urusannya dengan Allah. Sehinggalah pada suatu hari maka si kuat beribadat berasa begitu kecewa lalu keluarlah daripada mulutnya yang mengatakan kawannya itu akan dimasukkan neraka oleh Allah kerana sentiasa berbuat dosa.


Lalu Allah memberitahu melalui nabi Musa bahawa si kuat ibadat itu akan dimasukkan ke dalam neraka kerana masuk campur dalam urusan balasan akhirat yang merupakan urusan Allah dalam menentukannya sedangkan si pembuat maksiat pula dijanjikan Syurga kerana dia walaupun berbuat maksiat tetapi dia yakin dia berdosa dan juga tetap yakin bahawa Allah akan membalas segala perbuatannnya itu di akhirat nanti.

Melalui kisah ini maka kita dapat mengambil pengajaran bahawa urusan dalam menghukum seseorang itu dimasukkan ke dalam syurga atau pun neraka merupakan urusan Allah. Kita cuma diwajibkan berdakwah dalam menyuruh ke arah kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Bagi mereka yang suka bergelumang dengan maksiat pula maka mereka mesti yakin pembalasan Allah dan perbuatan mereka itu adalah salah dan mesti dihentikan segera sebelum malaikat ‘Izrail datang menjemput dan kain kapan mula disalut.

4 comments:

  1. Ala...cakap jer la ko mmg gila seks...hahaha...

    ReplyDelete
  2. Jgn bagi komen yg takde kena mengena dgn artikel boleh tak?

    ReplyDelete
  3. bengong gak ko nih razi...hahaha....
    tp..ptt gak die komen cmtuh jim...dah ko g sebok carik slipar ijau ko kat blog die sape suh..?ahaha...

    kesimpulannye...anda berdua kalah & sy menang..tahniah!! (",)

    ReplyDelete