Mungkin personaliti aku yg berbeza di dunia sebenar dan di dunia blog menjadikan aku camtu. Org kata tak sangka aku macam tu, aku nampak baik dari luaran tapi.. Tapi itu org kata. Aku tak pernah kata aku ni baik. Org yg tak rapat dgn aku, mmg takkan kenal sikap aku. Aku tak pernah menyembunyikan sikap aku yg org lain tak nampak. Cuma org lain tak tahu sbb aku jarang bercakap dgn diorang, jarang bercampur dgn girls. Sbb itulah girls akan kata aku baik. Tapi aku jahat ke? Aku tak pernah pukul orang, aku tak pernah hina org lain, aku tak pernah rogol org… so? Kenapa perlu takut kat aku?
Kalau korang sedari, selama ni aku tak pernah bercakap pasal benda lucah depan pompuan dan aku tak pernah berdiskusi lucah kat conference skype atau forum/group yg ada pompuan join (kecuali ada satu topik di mana aku terpaksa join utk mempertahankan diri aku drpd tuduhan palsu). Kenapa? Kerana aku tau camne nak jaga hati dan perasaan pompuan. Aku hanya bercakap benda camtu dgn lelaki sahaja (kerana fikiran mereka sama macam aku). Aku tak pernah promote blog aku kat mana2 pompuan kat dunia ni. Sepatutnya blog aku bergerak secara underground dan menjadi top secret. Tapi ada pulak org lain yg tolong promotekan dgn hati yg 'ikhlas'. Tapi aku tak pernah menganggap mereka sengaja nak menjatuhkan aku di mata pompuan. Aku tak dpt buat apa2 utk menghalang perkara ni drpd tersebar. Dan aku taknak menipu org lain semata-mata nak menjaga imej aku. Apa yg mampu aku buat ialah menghentikan post2 ttg benda2 adult kerana aku tau dah ramai org2 terdekat aku mengunjungi blog ni. Lambat-laun ahli keluarga aku pulak yg akan masuk blog aku ni.
Perkara yg org lain tak tahu pasal aku ialah aku tak pernah ada kekasih. Dan aku tak pernah sentuh tangan pompuan apatah lagi nak pegang benda2 lain. Aku tak pernah kutuk pompuan kalau dia tak lawa, aku tak pernah kutuk pompuan kalau perangai dia macam sial, aku tak pernah marah pompuan kalau dia melakukan kesilapan kat aku, aku tak pernah marah pompuan walaupun dia main-mainkan aku atau tipu aku, aku tak pernah balas apa pun kejahatan yg pompuan buat kat aku dan selalunya aku akan menolong pompuan dan mengikut permintaan dia walaupun aku tak kenal siapa dia.
Aku tak suka kacau2 pompuan terutamanya yg aku tak kenal walaupun aku pernah pandang2 pompuan macam yg aku pernah ceritakan dlm post sebelum ni yg bertajuk 'Ceritaku' (Ini adalah post yg mula2 dipromotekan oleh housemate aku kat shout out Skype dia dan merupakan titik permulaan kawan2 aku menjelajah blog aku). Kalau pompuan tak kacau aku atau tak layan aku, dah tentu aku buat tak tau je. Tapi ada pulak pompuan yg sengaja nak test daya tarikan diorang, cuba nak goda aku la apa la. Dlm cerita tu aku cerita pasal aku main mata dgn pompuan tu, dia pandang2 aku, senyum kat aku, cuba nak dekat2 dgn aku, itu mmg betul2 berlaku, aku tak nafikan. Tapi sebenarnya aku tak pernah terfikir pun nak bawa pompuan tu balik rumah, aku takkan berani buat benda camtu (Aku nak tegur pompuan pun takut, inikan pula nak bawa balik rumah). Itu semua fantasi aku saja tambah2 utk bagi panas cerita aku. Agak bodoh jugaklah tindakan aku sbb tulis benda2 camtu kat blog siap tambah fantasi aku lagi. Lepas ni aku kena salahkan diri sendiri bila semua pompuan mula berwaspada dgn kehadiran aku.
Aku tak nafikan kesan drpd penulisan blog aku ni akan menyebabkan kaum hawa dah tak percaya kat aku lagi. Bulan lepas aku telah add seorang gadis yg aku suka ni sbg friend kat f………….. Tapi kena reject. Hahaha.. padan muka aku. Mungkin dia pun pernah baca blog aku dan dia tak nak kawan dgn aku. Mungkin dia mmg tak suka aku, atau aku yg perasan lain atau mmmm.. arghh,.. lantaklah. Benda dah lepas. Aku tak nak fikir lagi. Aku tulis post ni bukan utk membersihkan nama aku atau mengubah pandangan org lain kat aku. Aku dah kata aku tak peduli semua tu. Tapi aku cuma nak org lain tau bahawa walaupun aku pendiam dan pernah tulis blog macam tu tapi aku bukanlah psychopathy atau sbgnya. Jgn prasangka camtu kat aku. Kalau korang anggap aku teruk, itu aku boleh terima. Tapi janganlah anggap aku psycho. Jgn rasa takut kat aku. Aku sama macam manusia normal yg lain. -Seperti org lain aku pun tgh berusaha memperbaiki diri aku.
Jgn percaya penglihatan, penglihatan dapat menipu
Jgn percaya kekayaan, kekayaan dapat sirna
Percayalah pada dia yg dapat membuatmu tersenyum sebab hanya senyumlah yg diperlukan utk mengubah hari gelap menjadi terang
Carilah dia, yg membuat hatimu tersenyum
Hahaha...nak emo padia...rileks sudey...dtg bulan ker mamat nie...
ReplyDelete(post ko paling panjang...hahaha)
wakaka..lawak sial..sape gadis tu jim..zaina ke..wakakakaka
ReplyDeleteBongoknye apek. Suka2 ko je petik nama zaina. Aku xnak tanggungjwb kalau timbul masalah nanti.Aku xde masalah dgn budak pompuan kelas kita. Baik ko minta maaf.Lain kali, jgn sebut sebarangan nama.Ok?
ReplyDeletetersentuh sial aku baca blog ko
ReplyDeletewalaupon blog ko ni x mendatangkn apa2 faedah, tp menarik r. bkn macam jalak, bosan nk mampos.die bajet blog dia kelakar.panas btul aku.
jim lantak la dorg nk ckp ape..be strong..yg penting kte happy..bnde yg dh lps usah d'sesali..hehehe..
ReplyDeletelg bape bln je kte nk abes blaja..lps nie msng2 wat haluan msng2..so start a new frenz again..
more powerfull lg le dpt nnt..iAllah..
wakaka..jije memulakan sesi luahan perasaan disine..ahaha..apsal ayat kimie nie pasrah je..hehehe
ReplyDeletehahaha. betul tu jije. xde faedah pun blog aku ni sbb aku dah lari jauh drpd tema asal blog aku. Mesti para pengunjung rasa bosan baca kisah kehidupan aku.
ReplyDeletekpd kimi - aku tak sesali apa yg berlaku. Masih ada masa utk mengubahnya.
ReplyDeleteahaha..tp kan azim..ak xnafikan ak tkt..ahaha..kat ayt2 yg ko luahkan dlm penulisan ko yg lps2..
ReplyDeletehahaha..takut kat ayat xpe, akema. Jgn takut kat penulisnya.Aku dah cuba ubah keadaan walaupun mungkin xdpt membaiki segalanya.
ReplyDeletecamni la zim..pe ko pedulik org pk pe pasal ko.hal ko,ko sendiri..hal orang..dorang sndiri..wat dek da la.kalo dorg nk takot ngan ko ke,pe ke,pe nak pedulik..amalkan ni zim.orang x knal kite,kite xknal orang.balun je nak wat pape pn..dont judge book by its cover.
ReplyDelete