21 February 2009

Pertandingan melukis



Aku ingat lagi masa tu tahun 2001. Aku masuk satu pertandingan melukis kategori terbuka yg diadakan kat Sri Menanti, Negeri Sembilan. Sepatutnya yg pergi pertandingan tu kawan baik aku, tapi dia ada komitmen lain. Jadi dia pun minta aku ganti tempat dia utk mewakili sekolah aku dlm pertandingan tu. Aku bukan pergi sorang tapi aku pegi dgn sorang lagi kawan sebaya aku.

Kitorang disuruh menghasilkan lukisan Istana Sri Menanti, istana yg dibina tanpa menggunakan sebatang paku pun. So, kitorang pun ambik satu port baik punya dekat perkarangan istana tu. Pemandangan dia mmg clear, kalau lukis dari situ mmg sesuai la sbb nampak keseluruhan pandangan hadapan istana tu. Kitorang pun lukislah macam artis dan menggunakan teknik2 Leonardo Da Vinci.


Ramailah pengunjung2 yg datang melawat melihat kitorang berkarya. Semuanya memuji kebolehan kitorang melukis. Aku rasa bangga jugaklah waktu tu, hahaha…Selesai melukis dgn pensel, tibalah masanya kitorang mewarnakan lukisan istana tu. Masalahnya kitorang ada water colour je masa tu. Disebabkan aku ni tak reti menggunakan water-colour, maka aku mencadangkan kpd kawan aku tu supaya menghantar lukisan pensel je. Tapi dia tak nak. Dia suruh aku kaler jugak. So, kitorang pun kaler jugaklah pakai water colour tu. Masa tu ada pengunjung yg lalu pun tengok lukisan kitorang dan kata macam ni, “lukis pakai pensel dah lawa, tapi bila warnakan jadi buruk,”. Sekaligus kata2 tersebut menyebabkan aku rasa seperti ada sebiji batu besar telah menghempap kepala aku. Dahlah cakap macam tu depan2 aku, jujur dan ikhlas lagi kata2 dia tu.

Akhirnya kitorang tak menang apa2 pun masa hari tu, saguhati pun tak dapat. Aku tengok org yg menang kebanyakannya kaler guna crayon je. Kitorang je yg berlagak nak guna water colour. Hahaha…


6 comments:

  1. tak pe jim..cube laen kali lg..
    tak pun ak bg gambo ak ko lukis le??
    hahahaha

    ReplyDelete
  2. mmg selalunye orang yang pandai lukis ni..die kantoi kat colouring..

    ReplyDelete
  3. wahaha..kimi2..laju je promote..jim..aku tau..mase ko nga kaler tue mest ad pomwan seksi lalu depan ko..tu yang faul..hehehe

    ReplyDelete
  4. haha..bengong apek...asl tiap2 kali ajim wat faul mesti ade pompuan seksi??musykil ak...ye ke jim?
    -joe-

    ReplyDelete
  5. to kimi- Aku boleh je kalau ada masa. Tapi skg ni aku sibuk dgn fyp.

    to jalak- zmn skg org kaler pakai komputer je, lg canggih dan realistik.

    to apek- makcik2 ada la lalu dpn aku. Diorang dtg melawat dgn anak2.

    to joe- tak betul.kalau aku tgh berkarya, aku xpeduli pompuan seksi lalu pon. Kena fokus.

    ReplyDelete