13 March 2009

Strategist pada jln yg salah

Aku saja tulis benda ni pasal nak berkongsi sedikit segala trick yg pernah aku saksikan. Tapi jgn mengada-ngada nak cuba ye. Kalau apa2 jadi kat korang aku tak peduli, aku dah bagi amaran. Ada bermacam-macam taktik sebenarnya tapi aku catatkan sikit2 je, sekadar nak bagi gambaran ringkas. Mungkin taktik2 ni dah outdated, tapi layan je la..Aku harap artikel ni tidak akan mencetuskan kontroversi. Aku hanya seorang penulis yg mencatatkan apa yg aku dengar dan apa yg aku lihat.

Taktik nak curik henset

Ada macam2 cara sebenarnya. Tapi kalau nak misi perfect, kena buat secara terancang. Kena ada dua org kat dlm kedai. Pastu sorang jaga line kat luar. Dan sorang lagi penerima yg berada tak jauh dari kedai tu. Apa yg penting? Kerjasama. Aku pun tak tau camne diorang buat sebenarnya pasal aku pun cuma dengar cerita je. Selalunya kalau buat secara terancang boleh dpt empat lima biji henset jugak la.Tapi zaman skg ni banyak kedai dah ada CCTV, jgn harap la boleh lepas camtu je. Cerita ttg henset ni mengingatkan aku kpd sorang kawan aku ni. Kawan aku ni (biar aku namakan sbg si A) mempunyai kepakaran yg sangat luar biasa dlm bidang mencuri. Macam2 la benda yg dia pandai curi drpd pemetik api sampai la kpd henset. Berpuluh-puluh kedai telah menjadi mangsa. Dia cakap kat aku yg dia curi tu kedai2 orang kafir. Takpe kiranya dia dah tolong melingkupkan bisnes orang kafir. Entah mana la dia belajar fatwa macam tu.Tapi aku mmg respek gila dgn kepakaran dan kelicikan si A melakukan job. Kadang2 dia buat sorang2, kadang2 secara berkumpulan. Tetapi selalunya dia buat sorang diri je.

Taktik nak curik komik kat kedai buku.


Tak susah mana pun. Perkara yg mustahak ialah timing yg tepat. Alat yg diperlukan ialah sebiji beg. Buat2 mcm belek2 komik, pastu dgn senyap2 jatuhkan komik dlm beg. Masa zaman dulu harga sebiji komik Wira Tunggal tu rm3.50 kalau tak silap aku. Mahal tu. Sbb tu budak2 ni suka rembat je drpd beli. Kalau beli kan membazir wang namanya tu. Aku pernah saksikan sorang kawan aku buat style berani mati. Masa tu dia lalu depan satu kedai ni yg ada jual komik kat bahagian depan. Masa tu pekedai tu ada kat dalam. Dia lalu depan kedai tu dan sambar sebiji komik pastu terus blah tanpa perasaan ragu2 walaupun ramai org nampak. Kalau nak buat secara berkumpulan boleh jugak, tapi lebih senang kalau kat kedai runcit yg ada jual komik. Suruh member korang beli rokok. Masa dia tgh berurus niaga, korang rembatlah satu dua komik dan terus blah dari situ. Apa yg penting? Kepantasan.

Taktik nak curik baju kat pasar malam

Ini aku pun mcm tak percaya tapi aku dpt tengok secara live dpn mata aku. Masa tu aku pergi pasar malam dgn dua org kawan aku. Masa tiba kat satu gerai jual baju tu, kawan aku tunjuk cara nak rembat baju kat situ. Kitorang pegi kat hujung2 sikit pastu aku tengok dia lipat sehelai baju tu sampai jadi kecik mcm sapu tangan dan masukkan dlm beg plastik kecik yg dia pegang. Muat2 je dlm plastik tu. Mula2 mmg aku ingat mustahil, tapi rupanya boleh buat. Pastu kitorang pun blah dari situ tanpa menimbulkan sebarang syak wasangka. Apa yg penting? Kreativiti.

Penutup

Sebenarnya apa yang penting? Yang penting ialah keberanian (hati kering) dan kepandaian berlakon macam tak bersalah. Selain tu kena pandai meramal situasi, contohnya kalau org tgh ramai itu petanda situasi menarik. Kena berani sikit utk melaksanakan tugas. Macam kawan aku si A tadi. Aku tengok dia ni mmg berkeyakinan tinggi dan pandai meramal situasi. Kalau situasi tak mengizinkan, dia akan batalkan job. Tapi kalau keadaan mengizinkan, dia melakukan tugas dgn keazaman dan keyakinan tinggi. Dan dia tak pernah kantoi walau sekali pun dia buat kerja2 camtu. Mmg mengkagumkan. Ramai budak lain cuba mencontohi dia, tapi ada yg kantoi dan kena tangkap. Apalah, buat benda jahat pun nak ikut ke. Aku pun tak faham kenapa diorang ni suka rembat2 barang padahal diorang ni kebanyakannya banyak duit. Mungkin diorang inginkan keseronokan dan cabaran. Yelah tu, bijak betul pemikiran diorang ni. Tapi beberapa tahun yg lepas aku jumpa si A. Dia cakap dia dah berhenti buat kerja2 camtu. Baguslah, mungkin dia dah insaf.

Sekali lagi peringatan aku jgn cuba membuat latihan amali menggunakan taktik2 di atas. Zaman skg ni sistem sekuriti kat kedai2 dah semakin maju dan kemungkinan nak terkantoi tu mmg agak tinggi. Baik korang buat benda2 berfaedah macam berdakwah (contoh je) dan lain2. Apa yg penting ialah walau di mana pun kita berada, ingatlah bahawa tuhan sentiasa nampak apa yg kita lakukan.

2 comments:

  1. dasat2....errr..taktik mencuri "hati" gadis takde ke jim??wakaka....

    p/s:pendapat si A tuh cam leh pakai gak kan??

    ReplyDelete
  2. taktik nak curi hati gadis tu nanti aku cuba tanya kat 'doktor cinta'.

    ReplyDelete

http://www.emailcashpro.com