Pagi Jumaat minggu lepas aku balik KL kerana ada urusan keluarga yg tak dapat dielakkan. Kalau dah balik hari Jumaat, bermakna aku terpaksa skip solat Jumaat pada hari tersebut. Tapi takpe, aku dikira sbg musafir walaupun tak menaiki unta.
Aku menaiki bas Etika daripada Kuala Perlis dan destinasi yang dituju ialah Kajang, bandar dimana aku dibesarkan semenjak berumur 9 tahun. Dalam bas tersebut aku duduk di sebelah seorang penumpang lelaki, aku kira umurnya tak jauh beza dengan aku. Dia duduk di tepi tingkap. Sepanjang perjalanan aku tak pernah bercakap dengannya. Manakala di sebelah kiri aku, di kerusi single duduk seorang mak cik yg bolehlah kiranya aku panggil kakak sahaja kerana aku rasa dia takdelah terlalu tua. Aku juga tak bercakap langsung dgn dia.
Sebenarnya sepanjang perjalanan tu aku tidur je, mungkin kerana aku terlalu mengantuk. Masa bas tu berhenti kat Alor Setar dan ramai penumpang naik, aku langsung tak mempedulikan mereka walaupun aku rasa tidur aku agak terganggu kerana kebisingan yg mereka lakukan. Seperti biasa, bas tersebut berhenti di hentian sebelah Bukit Gantang di mana semua penumpang turun utk makan dan pergi ke tandas. Selepas pergi ke tandas aku pun terus naik ke atas bas.
Penumpang lelaki tadi membeli makanan iaitu buah-buahan dan menawarkan sedikit kepada aku. Itulah pertama kalinya ada org asing menawarkan makanan kat aku sepanjang empat tahun aku ulang alik Perlis-KL. Dan seperti dijangka, aku menolak tawaran tersebut dgn baik. Selalunya kawan2 aku offer makanan kat aku pun aku tolak, inikan pulak org asing. Lagilah aku tak nak terima. Tiba2 makcik yg kat sebelah kiri aku tu offer sebiji kek. Mula2 aku menolak dgn baik. Tapi disebabkan dia beriya-iya memaksa aku menerima kek tersebut, aku pun ambil dgn hati yg berat. Aku rasa berat sbb tadi aku dah tolak makanan drpd penumpang sebelah kanan aku. Nanti dia ingat aku hanya menerima pemberian drpd kaum perempuan je. Tapi takpelah aku ambik je lah.
Cerita tadi membuktikan bahawa orang lain walaupun tak kenal aku, tapi sebenarnya mereka tak takut dgn aku. Mungkin kerana perwatakan dan muka aku yg innocent. Sekaligus menafikan kata2 kawan2 aku yg mengatakan muka aku ni macam penculik budaklah, perogol dsb. Korang memang tak pandai menilai diri aku. Sebenarnya akulah antara org yg paling mudah didekati oleh org yg aku tak kenali. Entahlah, aku pun tak tau kenapa sering berlaku begitu. Mungkin aura aku agak kuat utk menarik org lain kpd aku. Agaknyalah...
Muka kelaparan xde duit jer...sbb tue diorang bg makanan kat ko...wewewe...
ReplyDeleteelek jim..mmb2..tau2 je la..bapak ego tgg nk puji mmb2 sendri..ak yg macho nie pun ttunggu2 bile la dorg nk puji ak..wakakakaka
ReplyDeleteCamni la zim..ko terlalu menilai rendah diri ko..abaikan menatang tu.amal prinsip cam dak2 ni amal.."org x kenal kite,kite x knal org"..lantak la ko nak wat pangai ape pn.
ReplyDelete