08 December 2009

Kita masih dijajah

Masihkah kita ingat lagi penjajah yg dulunya menjajah negeri tanah tumpah kita? Tahukah kita bahawa pada masa dulu nenek moyang Cristiano Ronaldo lah yg menyerang dan menawan negeri Melaka? Tidak lupa juga nenek moyang Steven Gerrard dan Wayne Rooney yg datang ke tanah melayu, mengaut segala hasil bumi dan kekayaan kita lalu membawa pulang ke negara mereka tanpa rasa segan silu. Pada hari ini kebanyakan orang kita mengagung-agungkan pemain bola sepak mereka. Malah kita pula yang sanggup mengeluarkan wang utk menonton siaran langsung perlawanan bola sepak mereka.



Berapa banyak rumah yg kini telah dipasang piring-piring utk menerima siaran berbayar drpd eropah sana? (Aku tau ada yg memasang piring utk menyaksikan akademi nyanyian tu). Tapi rumah aku sampai sekarang pun belum ada pasang piring tu, jiran-jiran semua dah pasang. Kena tanya ayah aku la kenapa dia tak nak pasang. Selagi TV yg umur 15 tahun tu tak meletup, selagi tu la takde terpasang piring tu agaknya. Apa barang pasang piring tapi pakai TV lama? Paling kurang kena tukar TV LCD dulu. Alamak, off topic pulak, balik semula kpd topik asal. Geli hati rasanya bila melihat rakyat negara kita melepak di kedai2 mamak sambil menonton perlawanan bola sepak yg ditayangkan melalui skrin besar. Apabila pasukan kesayangan menjaringkan gol, semua mereka bersorak, bertepuk tangan dan terhenjut-henjut kegembiraan. Sedangkan di Eropah sana, para penyokong bersorak di dlm stadium.

Tidak perlulah dihuraikan di sini kenapa pekara ini terjadi. Semua orang tahu kualiti bola sepak Malaysia. Apalah sangat bola sepak kita kalau nak dibandingkan dgn eropah. Aku rasa rakyat Malaysia harus mengubah mentaliti sendiri. Kita harus menyokong bola sepak tempatan kembali. Apabila ada sokongan drpd org tempatan, dgn cara itu barulah mutu bola sepak negara akan meningkat. Para pemain bola sepak tempatan pula akan menjadi lebih bersemangat utk beraksi dan lebih gigih berlatih bagi tidak menghampakan harapan penyokong mereka.


1 comment:

http://www.emailcashpro.com