27 November 2009

Siapa kat tingkap tu?

Ni ada satu cerita ttg pengalaman misteri yg baru je aku lalui dlm bulan Oktober yg lalu. Sepanjang tempoh pengangguran aku kat rumah dulu, aku selalu tidur lambat waktu malam. Selalunya aku baca surat khabar pada waktu malam. Aku baca drpd page yg depan sekali sampailah ke page yg belakang sekali. Kira khatam satu malam la aku baca surat khabar setiap hari. Bukan aku taknak baca waktu siang, tapi disebabkan pada waktu siang aku tidur, jadi waktu malam je la aku boleh baca paper.

Pada suatu malam (aku ingat lagi malam tu adalah malam jumaat), aku tidur sangat lambat sebab selepas aku baca surat khabar aku pegi on komputer aku yg sangat reliable tu utk masuk internet. Dipendekkan cerita lepas aku abis surf internet, aku tidur pada pukul 4.30 pagi.

Masa mula-mula nak tidur, aku bacalah ayat kursi dan doa tidur sekali. Waktu aku nak terlelap, tiba2 aku terdengar bunyi misteri yg kedengaran drpd arah tingkap aku. Rasa mengantuk aku terus hilang masa tu. Aku amat-amati bunyi tu. Aku rasa macam ada org mengetuk-ngetuk dan menggesel sesuatu pada kaca tingkap bilik aku drpd luar. Bunyinya perlahan, namun disebabkan kesunyian malam ianya boleh didengari dgn jelas. Tapi masalahnya ialah siapa? Lagipun, di luar tingkap bilik aku adalah bumbung. Siapa pulak yg pegi buat keje gila naik bumbung tu? Mustahil, lagipun aku tak dengar bunyi bumbung dipijak.




Seram sejuk aku masa tu. Dah la aku tidur kat bilik atas sensorang. Mak ayah dan adik aku semua tidur kat ruang tamu di bawah. Aku rasa nak buka lampu je, tapi aku takut jugak. Mana tau tiba2 makhluk tu menjelma duduk atas katil aku bila aku bangun buka lampu. Aku teruskan membaca surah2 yg aku ingat dlm hati terutamanya surah 3-Qul. Bunyi tersebut berhenti selepas pukul lima lebih, sbb masa tu aku dah mula mendengar bacaan ayat2 al-Quran drpd surau berdekatan. Perghh.. lega sungguh rasanya. Bila azan subuh berkumandang, aku terus bangun buka lampu dan sembahyang subuh. Tapi hari tu aku bangun pukul 3.00 petang daa.. Tak guna betul, tak pasal2 aku terskip solat jumaat.

No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com