20 November 2009

That's why...



Jodoh itu adalah suatu gerak hati pada empunya diri yang ditakdirkan. Jodoh itu suatu takdir. Usaha macam mana pun, jika tiada jodoh, tiada juga. Jika tiada usaha, tetapi ada jodoh maka ia tetap ada. (Aku tak ingat kat mana aku ambil ayat ni). Berdasarkan pemahaman aku kpd ayat tadi ialah jika dua org insan yg mempunyai jodoh bertemu, sekurang-kurangnya pasti salah seorang drpd mereka akan mempunyai kekuatan utk berusaha mendekati yg satu lagi.

Aku bukannya senang nak suka kat pompuan kalau takde pape berlaku antara aku dan dia. Sesetengah orang setakat tengok gambar atau jumpa sekali je dah boleh berkenan kat pompuan. Tapi aku lain, aku tak mudah tertarik dgn pompuan hanya dlm pertemuan yg singkat. Kiranya ambil masa yg agak lama jugakla kalau aku nak suka seseorang pompuan. Sbb tu aku katakan aku ni jenis yg memilih.


Aku lebih suka perempuan yg mana aku rasa ada connection antara dia dgn aku. Contohnya kalau aku selalu jumpa pompuan tu secara kebetulan. Kebetulan ni bukan dirancang mcm yg korang tengok dlm filem, tapi mmg dah ditakdirkan camtu dan ianya banyak kali berlaku dlm hidup aku. Setakat ni aku baru berjumpa dua org gadis seperti ni. Dan aku tak pernah buat pape pun utk mendekati mereka. Masih adakah peluang utk aku bertemu gadis camni lagi di masa akan datang? Lagi satu contoh kalau aku pernah bertentang mata dgn pompuan tu dan aku rasa mcm ada satu daya tarikan(cinta pandang pertama?). Pandangan pertama ni pun kadang2 aku tak nak layan tapi kalau dah dicombokan dgn kebetulan2 yg berlaku antara aku dan dia, mampu juga utk menewaskan keteguhan aku.

Dan ada keadaan di mana perasaan aku biasa dgn pompuan tu, tapi sbb dia selalu senyum kat aku maka aku pun jatuh hati kat dia. Mungkin aku yg anggap lain padahal dia senyum biasa je. Tapi kalau dah dia selalu buat camtu kat aku mestilah aku akan jatuh hati jugak akhirnya.
Kadang2 aku rasa aku dah jumpa pompuan yg aku nak, tapi dia dah ada boyfriend pulak. Memang aku akui yg aku tak berani nak memulakan perkenalan dgn pompuan, biarlah aku sorang je yg rasa suka kat dia kerana mencintai tak bermaksud memiliki. Hari ni genap sudah setahun 'misi mencari cinta'. Sebab tu aku publish entry ni.

Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pada seseorang yg layak menerima.

No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com