10 November 2009

Jiran

Sejak beberapa hari yg lalu, rumah kosong sebelah rumah aku tinggal ni dah ada orang baru masuk. Ini bermakna aku dah ada jiran baru. Apa yg menariknya penghuni rumah tersebut adalah gadis-gadis melayu yg aku tak tau berasal dari mana. Ada dlm lebih kurang sepuluh org kesemuanya, muda-muda dan bergetah lagi tu. Dah timbul idea kejahatan dlm kepala otak aku ni. Hehehehe….

Mengikut pendapat yg dikemukakan oleh emak aku, rumah tersebut dijadikan sbg asrama pekerja. Mungkin mereka semua adalah minah2 kilang. Apa yg aku tak puas hati ialah mereka suka membuat bising dan sekaligus mengganggu ketenteraman keluarga aku yg duduk bersebelahan dgn rumah mereka. Sudah la anjing jiran yg duduk bertentangan rumah aku tu suka menyalak, skg ditambah lagi oleh gadis2 yg suka memekak kat sebelah rumah. Tapi takpe, sbb ada di antara diorang yg muka comel dan manis, maka aku pun takde la kisah sangat.

Boleh pulak diorang duduk ramai2 dlm rumah tu. Tak lemas ke? Aku nak usha2 diorang pun tak boleh, pasal diorang ramai sangat. Diorang pulak jenis yg macam tak pernah tengok lelaki. Malas nak cerita la, korang faham2 sendiri ye. Risau jugak aku, tak pasal2 aku kena gangbang dgn diorang pulak nanti. Nasib baik aku pun sedang dlm proses utk berpindah ke Rawang ni. Pasal aku dapat keje kat sana. Aku dah dapat rumah sewa dah, rumah flat 3 bilik. Sewa 350 ringgit je Aku sorang duduk dlm rumah tu. Jiran2 aku 1Malaysia, melayu ada, cina ada, India pun ada. Sebenarnya 1Asia kalau diambil kira org2 Nepal, Bangla dan pekerja asing dari negara2 yg lain yg juga tinggal di situ. Aku tak risau sgt, apa yang penting diorang tak kacau aku.

Jadi di kesempatan ini aku nak jemput la sesiapa yg berminat utk tinggal di Rawang, boleh la duduk serumah dgn aku (lelaki sahaja!). Ada dua bilik kosong lagi kat rumah aku ni. Aku tak kisah sape pun yg nak tinggal dgn aku. Apa yg penting korang tak bawak balik pompuan ke rumah (kaki pompuan la ni). Aku tak leh tengok kalau member bawak balik pompuan ke rumah ni. Rasa nak rejam dgn batu je org2 yg perangai camni. Tapi sebelum aku rejam tu, aku rakam la dulu video aksi2 diorang ni. Boleh upload ke internet, blog video 3gp terbaru! Hahaha… hubungi aku ye kalau korang berminat. Permohonan dibuka sepanjang tahun. Bosan la duduk sorang2 kat sini. Kalau berterusan camni, mau setiap hujung minggu aku balik ke Kajang.

2 comments:

  1. kat sini bersepah awek.dah malas nak tgk.xheran pun.Jim...aku nak satu umah dgn ko.Nnt bleh kte masak sama-sama.Ko kan nak jadi macam cite korea tue...apa ntah namanya...Myo Ryong ek?

    ReplyDelete
  2. waa..ko dok kat ne jim..dok la bkt bruntung..lg murah rumah ade..hehehe..pe2 hal kalo ak blk cuti ak roger k..kte lpk same2..usha awek2 rawang..haha

    ReplyDelete

http://www.emailcashpro.com