02 November 2009

Pengalaman temuduga aku yg paling relax

Ingatkan tak mau lagi tulis kisah interview ni. Yalah, takkan setiap kali interview aku kena tulis dlm blog. Tapi aku rasa kali ni aku kena tulis jugak sbb pengalaman interview yg aku lalui ni sgt berbeza berbanding interview2 yg lain. Teringat kata2 pujangga yg berbunyi “Hampir mustahil utk meneka apa sebenarnya soalan yg akan diajukan di dlm sesi temuduga” .Aku akan menceritakan sedikit pengalaman interview yg aku lalui pada 12 oktober yg lepas. Aku sampai ke ofis company tersebut pada pukul 8.30 pagi. Masa tu aku tengok hanya ada beberapa org sahaja yg berada di ruang menunggu. Mungkin mereka pun calon temuduga macam aku kot. Kemudian aku pun pegi ke tandas sbb aku rasa masih ada masa lagi sementara menunggu pukul 9 pagi. Selepas aku keluar drpd tandas, aku tengok ruang menunggu tu dah dipenuhi oleh 6 org calon. Ini menjadikan aku sbg calon yg ke-7 utk ditemuduga dan unfortunately adalah org terakhir pada hari itu. Patutnya ada 10 org tapi 3 org lagi calon tidak hadir.


Dipendekkan cerita aku masuk ke bilik temuduga pada pukul 4.10 petang. Bayangkan berapa lama aku terpaksa menunggu. Setiap calon ditemuduga hampir satu jam kecuali calon yg ke-6 tadi iaitu selama 30 minit. Apb aku masuk ke bilik temuduga tu aku tengok ada dua panel je duduk kat meja tu. Mengikut informasi yg aku terima drpd calon sebelum2 ni, ada tiga orang panel semuanya. Tapi tinggal dua je skg. Kedua-dua panel memakai kopiah dan berjanggut panjang, mungkin org2 tabligh agaknya. Mereka agak mesra dan bercakap dgn lembut. Mula-mula mereka menyuruh aku introduce yourself dlm bahasa inggeris. Itu je la speaking dlm bahasa inggeris pun. Part lepas2 tu semuanya kitorang communicate dlm bahasa Malaysia je (Bahasa kebangsaan kan? 1Malaysia). Kemudian dia tanya pulak apa yg aku tau pasal jawatan yg aku pohon tu. So, aku pun terangkan apa yg aku kaji drpd internet sebelum ni. Dan dia pun kata “bagus, awak ada buat sikit homework”.

Aku juga disuruh membaca suatu petikan dlm bahasa inggeris dan kemudian translate dlm bahasa melayu. Mereka memuji tahap bahasa inggeris aku, kata mereka english aku lebih bagus drpd calon2 sebelum ni (Ini diorang kata, bukan aku kata ye..). Kemudian aku diuji mata (macam eye test masa ujian memandu dulu tu) utk menentukan mata aku okay dan tidak rabun warna walaupun aku selalu ‘tertengok’ benda2 tak elok. Kemudian mereka juga bertanya samada aku gayat tak bila duduk kat tempat tinggi sbb kerja yg aku apply ni memang lasak (termasuk kerja offshore dan onshore). Maka, aku pun dgn yakin berkata “saya tak takut tinggi”.

Selepas itu mereka menghulurkan sekeping kertas yg terdpt beberapa petikan ayat2 al-Quran dan mereka menyuruh aku membaca 4 baris ayat. Aku dah la lama gila tak mengaji al-Quran ni. Selesai je aku mengaji mereka hanya diam dan tidak memberi komen. Okay la tu agaknya. Sbb calon2 sebelum ni habis kena tegur pasal tajwid, tapi aku takde pun. Dia tanya pasal sembahyang lima waktu pulak. Aku kata sembahyang aku zuhur sampai isyak okay je, tapi subuh kadang2 terlambat bangun. Bila aku cakap camtu je, terus aku kena ceramah agama kat situ. Nasib baik aku dah biasa dengar ceramah2 macam ni. Aku pun mengangguk je la masa dengar ceramah dia tu. Nasib baik jugak aku tak kena buat benda2 lain. Calon2 sebelum ni kena suruh baca tahiyat awal, ada jugak yg kena baca surah paling panjang yg pernah dibaca dlm solat. Huhuhu…terus insaf aku pergi sesi temuduga kat situ.

Mereka pun bagitau aku yg aku ni sebenarnya ‘overqualified’ atau dlm bahasa melayunya terlebih kelayakan. Lagipun aku ada tercakap yg aku pernah pergi interview jawatan mechanical engineer kat company lain. Pastu diorg pun cerita macam mana budak2 degree yg diorang amik sebelum2 ni semuanya gunakan company tu sbg batu loncatan utk masuk ke company Oil & Gas yg lebih besar. Kerja setahun, lepas tu hilang. Terutamanya budak2 yg ada degree dlm kejuruteraan mekanikal. Dia pun kata dia dah reject hampir 50 application drpd budak2 yg ada degree, cuma aku sorang je dia bagi peluang. Di akhir interview, mereka berkata akan menentukan kata putus terhadap permohonan aku dlm mesyuarat yg akan diadakan kemudian. Mungkin taknak pisang berbuah dua kali agaknya.

Selepas itu, mereka berdua mengajak aku pergi solat Asar bersama-sama di surau berdekatan. Aku pun tumpang la kereta diorang. Itulah pengalaman interview yg paling sempoi pernah aku alami. Dah la interview dlm bahasa melayu, boleh gelak ketawa, pastu siap boleh tumpang kereta utk pergi sembahyang Asar berjemaah bersama-sama dgn panel interview. Keputusannya application aku tak berjaya sbb aku tak terima apa2 panggilan drpd company tu sehingga 21 oktober yg lalu (tarikh sepatutnya mendaftar). Jawatan yg aku pohon tu bukan engineer, tapi pl*nt insp*c*or. Aku tak kisah pun kalau dpt jawatan tu, sbb apa yg penting ialah experience dlm bidang Oil & Gas kerana prospek dlm bidang tu adalah sangat luas. Tapi mungkin bukan rezeki aku agaknya.



1 comment:

http://www.emailcashpro.com