26 October 2009
Dada Ayam
Setiap kali makan ayam, bahagian yg aku paling suka ialah dada. Sebab bahagian tu yg paling berisi. Kalau disantap mmg puas dan kenyang. Sebelum berlaku salah faham,(sbb aku tau ramai pembaca yg tinggi fantasinya) dada ayam yg aku maksudkan ialah dada ayam daging. Bukan dada ayam manusia atau dada ibu ayam. Kalau dada ayam manusia tu, semua lelaki suka kecuali aku. Sbb aku masih suci murni. Bila membincangkan tentang dada ayam ni, aku perhatikan terdapat persamaan antara dada ayam daging dan dada ayam manusia. Kedua-duanya berisi dan menyelerakan. Alamak, apa yg aku taip ni?
Manakala bhg lain pada ayam aku tak berapa suka. Terutamanya drumstick (sila lihat gambar di atas). Kalau aiskrim drumstick tu aku suka la. Adik aku pulak suka makan buntut ayam. Entah la, selera masing2 kan. Bila mak aku masak ayam, (sebenarnya setiap hari mak aku masak ayam) aku akan cari bhg dada dulu. Kalau takde, aku makan je la bhg apa yg ada. Kepak pun aku balun je, janji perut berisi. Tapi aku makan separuh je la. Separuh lagi aku pass kat kucing belakang rumah. Untung betul kucing2 tu. Kalau tetiap hari aku makan kepak ayam, boleh la diorang tumpang sekaki. Tapi kalau aku dpt dada ayam, jgn harap aku nak kongsi. Meleleh je air liur kucing2 tu tengok aku makan sensorang. Mesti kucing2 tu panas hati dgn aku. Nasib baik diorang tu cuma kucing2 jalanan je. Kalau tak, dah lama aku kena tikam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kalau gitu, bolehlah kite join mkn ayam sama2...sbb saya xsuka dada, tp saya plg suka drumstik...hehe..
ReplyDelete