Masa tahun 2007 dulu, aku adalah antara pelajar2 yg terakhir sekali dpt tempat Latihan Industri dlm course aku. Di saat kebanyakan pelajar sudah mendapat tempat praktikal dan sedang berkira-kira jumlah elaun yg bakal diterima sepanjang tempoh 6 bulan tersebut, aku dan beberapa org pelajar lagi masih samar-samar ttg hala tuju kami. Pensyarah pula masih berusaha membantu kami utk mendapatkan tempat praktikal.
Pada mulanya aku ditempatkan oleh pensyarah di sebuah construction company yg terletak di Hicom Glenmarie Industrial Park di Shah Alam. Itu pun sekadar menggantikan tempat seorang coursemate aku yg menolak tawaran drpd company tersebut. Elaun 400 ringgit sebulan. Pensyarah aku menghantar faks kpd company tersebut. Jadi aku pulang cuti akhir pada semester tersebut dgn senang hati dgn andaian aku sudah berjaya mendpt tempat praktikal utk semester berikutnya.
Pada minggu pertama cuti semester, aku pergi bercuti bersama family di Port Dickson selama seminggu. Selepas pulang bercuti, aku masih belum menerima sebarang berita drpd company tersebut. Ini menimbulkan rasa sangsi di hatiku. Pada minggu berikutnya tiba2 pensyarah aku menelefon aku semula dan bertanya samada aku sudah ada tempat praktikal atau tidak. Dan seperti yg dijangka, pensyarah tersebut terlupa yg dia telah meletakkan aku di sebuah company di Shah Alam. Tetapi tak mengapa kerana dia berjanji akan cuba menyelesaikan masalah tersebut.
Pada hari tersebut juga ayah aku telah membawa aku bersama adik bongsu aku utk mandi ais di sebuah pusat rawatan di tempat aku tinggal. Aku difahamkan tujuan mandi itu adalah utk membuang bendasing dlm tubuh badan spt toksin dan mengembalikan semula kesihatan. Aku tidak membantah dan mengikut saja arahan ayah aku. Lagipun bila aku ada sekali, adik bongsu aku tu pun akan bersemangat utk menjalani rawatan tersebut. Selepas mandi, aku pun pulang ke rumah dan tidur seperti biasa.
Keesokan harinya aku mendapat panggilan drpd sebuah company elektronik di Bandar Baru Bangi. Org yg menelefon aku tu ialah head department di kilang tersebut dan dia bertanya samada aku ingin menjalani praktikal di kilang tersebut. Setelah menjalani macam2 perbincangan yg terlalu panjang kalau nak diceritakan di sini, maka aku pun menerima tawaran drpd company tersebut. Keesokan harinya lagi, aku mendpt tawaran pula drpd construction company di Shah Alam tu. Tapi aku reject.
Adalah sesuatu yg tidak munasabah kalau nak dikatakan kerana aku mandi ais pada malam tu menyebabkan aku berjaya dpt tawaran praktikal drpd kedua-dua company tersebut. Aku berasa segalanya hanya kebetulan semata-mata. Aku fikir hanya tuhan saja yg tahu hikmah di sebalik apa yg terjadi. Sebenarnya pada masa tu aku sgt tertekan dan risau sbb masih belum dpt tempat praktikal padahal pada masa tu hanya tinggal 3 minggu sahaja lagi aku sepatutnya memulakan latihan industri. Sebab tu aku rasa sangat2 lega selepas mendpt tawaran drpd company tersebut. Lagipun aku mmg bercadang utk praktikal kat company di Bangi tu semenjak aku masih di semester 1 lagi. Dan drpd kesemua 7 resume yg aku hantar, resume pertama aku hantar adalah kpd company tersebut.
Kpd para pembaca yg dah penat menghantar resume ke sana-sini tu tapi masih belum berjaya dpt pekerjaan, ambil la pengajaran drpd cerita aku. Sentiasa berusaha, percaya dan berdoa kpd Allah. Aku tak nak mencadangkan supaya korang pegi mandi bunga atau mandi ais. Tapi terpulanglah pada korang kalau nak jadikan mandi bunga tu sebagai ikhtiar. Apa yg penting adalah bergantung harap kpd yg Maha Esa, dan bukannya percaya kpd benda2 karut.
slm...boleh tau kat mana pusat rawatan tu...
ReplyDeleteWslm. Pusat rawatan di Kajang, tapi dah lama tutup. Mungkin berpindah ke tempat lain agaknya.
ReplyDelete