11 October 2009

Rasukan Jin

Pernah suatu ketika sekolah aku digemparkan dgn kejadian seorg pelajar lelaki form1 dirasuk oleh makhluk halus ketika di asrama. Jin yg merasuk tersebut adalah jin Islam. Mengikut rundingan yg dilakukan antara ustaz dan jin yg meresap kedlm tubuh budak tu, jin tersebut demand beberapa perkara supaya dia berhenti mengganggu ketenteraman asrama kami. Perkara pertama ialah supaya para pelajar berhenti melancap (gila kutuk, dia pernah skodeng ke apa?), kedua ialah berhenti merokok (walaupun aku tau dia suka makan asap, mungkin dia puasa kot) dan ketiga supaya para pelajar menunaikan solat lima waktu.

Perkara pertama tu tak payah la aku huraikan panjang lebar, korang faham2 sendiri je la. Perkara ketiga tu pun sama. Aku cuma nak cerita pasal perkara kedua iaitu berhenti merokok. Selepas saja disampaikan berita tersebut, kitorang semua company of smokers telah berazam utk behenti merokok. Malam tu jugak kitorang telah mengadakan kenduri rokok beramai-ramai dan menghabiskan beberapa karton rokok. Nak buang sayang pulak. Nak teruskan hisap takut pulak. Kalau kena cekik dgn jin kang naya je putus kepala.



Dlm masa dua hari kitorang puasa rokok. Perokok2 tegar aku tengok macam nak mampus dah keadaannya. Akhirnya beberapa org yg berhati kering terus mengeluarkan kenyataan berani, apa nak jadi, jadilah.. kitorang nak hisap rokok jugak. Biar putus kepala, jangan putus rokok! Abis tu kalau dah putus kepala, camne nak hisap rokoknya? Kesudahannya semua company of smokers start balik hisap rokok. Dan sampai abis sekolah pun takde pape kejadian buruk pun yg berlaku. Jin tu pun senyap je jadahnya. Mana ada jin yg tak suka makan asap, betul tak?



2 comments:

  1. hahaha..
    yg petame tu tak de lak nk wat pakatan ek..

    ReplyDelete
  2. Entah la, aku pun tak tau ada pakatan ke tak. Sbb aku tak pernah buat yg pertama tu.

    ReplyDelete

http://www.emailcashpro.com