Hari ni adalah first day aku masuk keje kat tempat baru. Company baru aku ni amik sub-con utk buat installation dan piping. Tak perlu aku bagitau secara spesifik apa yg company aku buat, tapi keje aku memang kena banyak out-station.
Aku keluar rumah seawal 6.35 pagi. Ingatkan jalan sibuk, tapi takdelah teruk sangat. Pukul 7.10 pagi aku dah sampai tempat keje. Aku lepak dlm kereta kejap. Pukul 7.50 aku pun masuk ofis. Sampai ofis pun, aku duduk lepak lagi sampai pukul 9.30 pagi. Pastu, bos sampai terus panggil aku angkat kertas2 A4 yg dia baru beli drpd Carrefour. Ada dekat 30 bundle kena bawa naik tingkat tiga.
Selesai menjadi hamba abdi, dia pun panggil aku berjumpanya bersama dua org lagi project engineer. Maka dia pun memerintahkan aku utk handle dua projek dekat Johor. Buat pemasangan dekat kompleks membeli-belah. Bermakna aku kena lepak dekat site selama satu bulan. Bulan puasa ni pun mungkin aku kena lepak sana gak.
Selepas tu project engineer yg pompuan tu pulak ajar aku cara2 nak lipat drawing saiz A1 dan menyuruh aku melipat 12 keping drawing. Nak buat submission katanya. Macam kena buli nampaknya aku ni. Tapi aku masih berfikiran positif sebagai seorang pekerja baru.
Sebelah petang pulak, bos suruh aku attend meeting dgn consultant kat Phileo Damansara. Disebabkan aku tak pernah pegi sana, maka aku pun tumpang la kereta project engineer yg pompuan tu. Sporting jugak minah tu, freehair pulak tu. Aku rasa umur dia mungkin dah lebih 30, bulan depan kahwin katanya. Seingat aku, ini kali ketiga kot aku naik kereta dgn pompuan bukan mahram sepanjang hidup aku.
So, hari rabu ni aku dah kena pegi Johor. Bos kata muka aku nampak macam tak konfiden. Memang la, ini first time aku kena jaga projek besar. Sorang2 pulak tu. Selama ni aku cuma jaga projek pressure vessel je. Mana la sama dgn jaga projek sebuah bangunan 5 tingkat.
Mungkin ini kali terakhir aku post dlm blog ni utk bulan ni dan bulan depan. Aku kena out-station utk dua bulan akan datang, jadi aku tak boleh online selalu macam dulu. Doakan la kejayaan aku mengharungi kerjaya baru aku sbg project engineer. Keselamatan dan ketahanan kerjaya aku bergantung kpd projek yg aku jaga ni.
No comments:
Post a Comment