14 June 2011

Hari kedua...

Baru dua hari keje aku dah mula rasa tertekan. Macam2 benda aku fikir skg ni. Sampaikan apa yg bos aku pesan semalam pun aku boleh lupa. Hadoi... Dia siap boleh kata kat aku: "baru dua hari masuk keje, kamu dah lupa apa yg saya bagitau semalam". Mungkin dia tau keadaan aku yg nampak risau. Nasib baik la dia janji akan ajar aku cara nak buat keje nanti.

Hari ni aku duduk kat ofis je. Baca buku Malaysian Standard utk Gas Pipeline Installation. Bukunya takde la tebal macam buku ASME Section VIII masa aku keje kat kilang Pressure Vessel dulu. Tapi seriously bidang aku skg ni memang agak berbeza dgn dulu. Dari segi barang memang nyata berbeza, drawing pun tak serupa. Tapi apa yg penting ialah dulu barang yg aku jaga melibatkan udara je, cuma kali ni melibatkan gas. Yang mana seperti yg kita tahu gas adalah sesuatu yg sangat berbahaya. Kalau ada berlaku kebocoran paip gas, boleh menyebabkan letupan dan membahayakan keselamatan org ramai.



Memang aku kena betul2 bekerja dgn cekap kat company baru aku ni. Masa aku keje kat kilang Rawang dulu, aku boleh keje main2. Kat sini tak boleh lagi dah. Aku kena jadi lebih serius dan matang. So, esok pagi aku dah kena bertolak seorang diri pegi site kat Johor. Survey tempat dulu. Hari Khamis aku ada meeting dgn main contractor. Bos aku pun akan attend meeting tu jugak, jadi aku bolehlah menarik nafas lega.

Nampaknya aku tak dapat la nak ambil kursus top-up kat UPM bulan ni. Exam bulan depan pun mungkin aku tak dapat datang. Pasal lepas projek ni habis, aku kena terus sambung satu lagi projek kat Johor Bahru pulak. Skg ni, pekerjaan aku dah jadi lebih penting drpd perkara2 lain. Tak dapat akreditasi buat masa ni pun takpe la. Mungkin lepas tiga tahun, aku akan apply utk masuk program Master degree ke.

Rasanya aku kena angkat sebiji laptop baru la. Harga bawah seribu, Lenovo ke siap dgn travel bag sekali. Boleh la aku online malam2 kalau takde keje. Takkan la malam2 aku nak pegi main pompuan pulak, ye tak? Kalau ada laptop, takde la membazir aku bayar Maxis Broadband setiap bulan. Kalau aku lepak site sebulan, maknanya takde siapa nak pakai broadband aku utk sebulan tu. Rugi je bayar camtu. Tunggulah lepas aku dpt gaji baru. Campur elaun site satu bulan pastu claim mileage lagi, tapi claim mileage tu mungkin dlm seratus lebih je kot pasal lepas 500km rate dia kena reduce. Takpe la, ada rezeki ada le...

No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com