16 June 2011

Travel and travel... pfuuh!!...

Baru je balik drpd Johor. Penat semalam pun belum hilang lagi, tapi bos dah minta aku terus shoot balik KL petang tadi jugak. Semalam aku sampai sana, terus call member ayah aku. Ayah aku dah suruh member dia tolong carikan rumah sewa utk sebulan kat sana. Dapat la sewa dalam RM350. Aku dah siap bayar kat tuan rumah. Tapi tadi bos aku bayar kat aku balik duit tu. Dapat la claim awal.

Pagi tadi, aku sampai kat site sorang2. Lori bawa pipe sampai kemudian. Tunggu punya tunggu, Bos aku pun sampai dlm pukul 11.00 pagi bersama seorang budak baru dan dua pekerja bangla. Kitorang pun bersama-samalah memunggah semua barang utk dimasukkan ke dlm bangunan. Nasib baik la paip yg paling besar sekali ialah 2 inci schedule 40. Kalau lebih besar atau tebal memang mampus la nak angkat pakai tangan satu persatu paip tu. Dah la ada lebih 30 batang paip. Minggu lepas aku angkat almari dgn barang2 masa pindah drpd rawang. Hari isnin lepas aku angkat kertas A4 berbundle-bundle. Hari ni angkat paip pulak. Adoi.. tak hilang la penat aku ni.


Minggu depan hari isnin kena pegi site balik. Bos suruh aku bawa dua bangla tu naik van company. Welder dua orang ada kat Kelantan akan datang kemudian. Sebulan setengah punya projek. Aku kena stay sana serumah dgn makhluk empat ekor tu la. Tapi yg pening kepala mesti la aku. Aku ni bukan setakat project engineer je, dah kira site supervisor dah ni.

Nasib baik la projek kat Johor Bahru tu bos dah bagi kat engineer baru masuk tu. Maknanya hujung bulan depan aku dah boleh balik KL semula. Pastu aku tak tau la bos aku nak letak aku ke mana pulak. Hari ni baru aku rasa. Patut la bos aku kat Rawang dulu cakap dia dah tak nak kerja travel dan outstation lagi. Penat sial. Dia dulu lagi la kerja company third party. Hari2 kena travel. Hari ni kat Kedah, esok kat JB, lusa kat KL. Nampak macam seronok, tapi letih la. Kalau ada komitmen lagi teruk. Takkan la nak tinggalkan anak2 dan bini kehausan kat rumah? Aku belum kahwin lagi, takpe la. Hahaha...

Yang bagusnya kerja travel ni ialah dpt menikmati kebebasan. Nak ular-ular pun senang. Bos aku pun tak nak tahu sangat apa yg budak dia buat kat luar. Yang penting kerja siap dan takde problem kat site. Okay la kot. Ramai org cakap bos aku ni okay. Projek pun selalu ada. Cuma gaji je kadang2 lambat masuk. Aku ingat nak stay dulu kat sini dlm setahun dua ke. Nak cuba dulu kerja project engineer ni. Nak tengok dulu sesuai ke tak dgn diri aku. Kalau tak, kena cari lobang lain la. Takpe, aku dah ada experience. Huhuhu...

1 comment:

http://www.emailcashpro.com