17 June 2011

Hari kelima kot...

Entah kenapa sejak akhir2 ni aku suka update blog. Pagi tadi lepas bangun tidur, badan aku rasa sakit sangat. Tangan, kaki, pinggang. Ini semua gara2 angkat paip API semalam. Camne la agaknya buruh2 binaan buat kerja setiap hari? Aku yg baru satu hari buat kerja buruh kasar dah boleh sakit2 badan. Sampai kat ofis pukul 7.50 pagi, satu orang pun belum datang lagi. Cibai gila perangai masing2. Terpaksa la tunggu kejap pasal kitorang yg kerja site ni mana ada pegang kunci ofis. Pukul 8.07 pagi baru la ada org datang buka pintu.

Hari ni seharian aku tak buat kerja. Dari pagi duduk ofis baca surat khabar dgn majalah mastika. Pagi tadi engineer pompuan tu kata nak suruh aku tolong dia buat dokumen, tapi takde pun. Lepas tengahari dia terus hilang. Hari ni aku tengok dia pakai seluar hujung paras lutut je. Baju pulak longgar hingga mendedahkan kedua-dua tali coli. Nasib baik tak pakai mini skirt. Tapi agak daring jugak la. Kalau company elektronik dulu biasa la aku tengok pompuan pakai daring ni, tapi ini company oil & gas. Dah le hari jumaat pulak tu. Takpe la pagi2 sedap mata memandang, tengahari pegi le solat Jumaat kat masjid.


Esok sepatutnya kerja, tapi ofis tak buka pulak pasal budak ofis kerja isnin-jumaat je. Jadi, esok aku dikira cuti la. Bos pun cakap aku kena pegi site hari isnin. Datang hari isnin je la, terus bawa van pegi Johor. Hari rabu kelmarin, member ayah aku kat Johor tu cakap yg ayah aku kata nak suruh aku hidup berdikari. Hahaha... Selama ni yg aku duduk kat Rawang sorang2 tu tak berdikari ke namanya? Cuma aku kadang2 balik hujung minggu je la basuh baju kat rumah. Duduk kat site ni aku kena tunggu projek habis sampai sebulan lebih baru boleh balik rumah.

Dah la semalam aku parking kereta kat Johor kena saman dgn Majlis Daerah. Nasib la kereta aku plat luar, memang diorang tak lepaskan punya. Masa sebelum balik KL petang tu, aku pegi bayar saman kat Majlis Daerah. Pegawai tu suruh bayar enam ringgit je pastu dia bagi kupon letak kereta harga enam ringgit. Okay la daripada kena bayar 30 ringgit. Mungkin pegawai tu tengok aku bersikap jujur, lagipun kereta aku nombor pendaftaran luar. Aku sendiri tak perasan kat situ zon parking berbayar.

Pagi tadi salah seorang staf kat kilang lama aku pulak call handset aku. Tanya pasal design approval submission yg aku buat utk vessel import masa bulan lepas. Aduh, benda kecik pun diorang tak boleh nak settle? Jabatan kerajaan tanya pasal apa thickness shell dlm drawing 2.85mm tapi dlm calculation 3.0mm. Apa susah, tukar aje la dlm drawing tu pegi 3.0mm. Mana ada plate tebal 2.85mm? Special order ke, pasal common plate kat pasaran 3.0mm je. Mungkin dulu draughtmen aku tu tersalah tulis masa dia redraw balik drawing oil separator tu. Company lama aku ni pun satu hal. Buat projek utk client besar2, tapi benda simple pun diorang tak boleh selesaikan. Masa aku ada kat situ dulu diorang tak nak jaga, layan aku macam sampah. Sekarang ni diorang kena cari balik la sampah tu, minta tolong kat aku.

Kerja ni tak boleh sangat fikir susah. Kalau tak biasa susah, sampai bila2 tak akan jumpa senangnya. Macam aku ni dah biasa bersusah, dah selalu kena buli. Tapi itu semua pengalaman la. Kalau aku takde pengalaman, takde orang nak ambil aku bekerja. Aku memang dari dulu tak memilih sangat bab kerja ni. Biar mula dari bawah, lama2 kita jumpa la telaga emas. Petang tadi aku baca paper Kosmo dlm satu ruangan tentang pekerjaan org2 terkenal sebelum mereka berjaya menjumpai telaga emas mereka. Antaranya Jennifer Aniston yg pernah bekerja sbg pelayan restoran sebelum menjadi pelakon terkenal, Bill Gates yg pernah menjadi Ofis boy sebelum membuka Microsoft dan banyak lagi. Itulah erti kehidupan. Selagi kita tak sanggup bersusah, selagi itu la kita tak akan jumpa kesenangan. Mana ada orang boleh hidup senang dgn cara duduk senang lenang tunggu duit turun dari langit? Main skim cepat kaya pun belum tentu boleh hidup senang. Macam tulis skrip ceramah motivasi pulak rasanya aku ni. Peace...

2 comments:

  1. jim esk g class tak..stat 4.30..pe2 pn slmt wei..

    ReplyDelete
  2. Tengok dulu camne jen. Mungkin kalau sempat aku pegi la. Aku ada hal nak kena selesaikan dulu ni. Kim salam kat semua student baru k...

    ReplyDelete

http://www.emailcashpro.com