Aku baru sahaja sampai ke rumah. Raya baru ni balik kampung. Adik bongsu aku beria-ia nak balik kampung cepat2. Nak main bunga api katanya. So, sampai kat kampung Melaka adalah jugak sepupu2 yg main bunga api. Sepupu2 aku kebanyakannya kecik2 lagi. Aku cucu yg paling tua. 3 hari kat sana sempat juga la aku pusing2 kat bandar hilir.
Jadi lepas 3 hari, kitorang semua pulang beraya di kampung emak aku di Sabak Bernam. Yang peliknya, suasana kat kampung aku tu tak macam ada perayaan. Jangankan bunga api, pelita hari raya pun tak ada. Kemudian aku pun naik la ke rumah. Aku tengok kat anjung ada ramai org. Bila aku masuk je anjung rumah, aku tengok semua adik sepupu dan anak2 buah aku tengah main laptop. Sepupu aku yg tua dua tahun drpd aku pulak tgh main game komputer sambil hisap rokok. Ish,ish...Memang betul la zaman dah berubah. Budak2 skg ni dah tak minat nak main mercun dan bunga api. Diorang semua lebih suka benda2 IT dan gadjet2 canggih yg menjadi trend masa kini.
Rumah nenek aku skg ni dah pasang streamyx. Org2 kampung aku dah mula celik IT skg ni. Anak2 cucu dah ada facebook masing2. Pakcik makcik aku sibuk tanya aku ada facebook ke tak. Aku pun cakap la dah lama tak buka facebook, masa study dulu selalu la main. Skg ni dah keje. Walaupun aku cakap dah keje, tapi ada jugak pakcik makcik yg bagi aku duit raya. Nak tolak kang, tak manis pulak rasanya. Masuk dlm poket aje la kan. Buat bayar duit minyak kereta.
Siapa kata org kampung ni tak senang? Sebenarnya diorang ni banyak duit. Kos sara hidup rendah, siap boleh bayar bil internet bulan2. Nasib baik tak masuk astro kat rumah. Rumah dah ada, duduk dgn nenek pun boleh. Pagi pegi kebun naik motor. Minyak tak pakai banyak, tak kena tol dan takde trafik jam. Tengahari balik rumah makanan dah terhidang. Malam takde pegi disko atau night club. Duduk rumah tengok tv atau main internet. Yang alim sikit pegi surau sembahyang qiamullail. Pendapatan setiap bulan masuk bank atau asb je, takde mengalir pergi benda lain macam shopping, tengok wayang atau futsal.
Lepas subuh tadi, aku dah bertolak balik. Kesimpulan drpd pengalaman aku beraya kali ini ialah janganlah bermain mercun di hari raya. Main facebook pun tak boleh jugak. Hari raya ni sepatutnya kita kena pergi menziarahi saudara mara yg dah lama tak berjumpa. Sekian..al kisah.
No comments:
Post a Comment