11 October 2011

Salahkah aku kerana begini?

Lama aku tak update pasal kerja. Esok nak pegi Johor Bahru. Ada inspection dgn maincon kat site. Pagi tadi bos panggil aku. Terus terang dia cakap yg dia hampir2 nak minta aku resign beberapa hari lepas. Kerana aku mempunyai satu kelemahan yg sangat ketara dan dia katakan yg dia dah fed up dgn karakter aku.

Karekter seseorang adalah sesuatu yg sukar utk diubah, ianya memerlukan usaha yg banyak. Bos aku pernah kata "kalau you dgn girlfriend mesti ada komunikasi kan? Mesti ada cinta2 dulu, mana boleh terus fu*k aje kan? You ada girlfriend?" Aku pun cakap, " tak ada ". "Oh, patut lah" balas dia.

Ini bukanlah kali pertama org lain cakap pasal benda ni kat aku. Semasa aku kerja kilang kat Rawang dulu pun dah ada org komplen. Factory manager masa tu baru seminggu masuk cakap yg org2 atas a.k.a pihak management bagitau kat dia yg aku tak nak bercakap, susah nak bercakap dan..dot..dot..dot.. Itu sebenarnya yg kelemahan yg bos aku maksudkan. Karekter aku yg susah nak bercakap dan selalu mendiamkan diri menyebabkan dia rasa nak minta aku resign.


Apa yg bos aku cakap tu betul. Kalau aku tak bercakap, macam mana nak ada komunikasi. Kalau tak ada komunikasi, arahan tak dapat difahami seterusnya kerja tak dapat berjalan dgn lancar. Sebagai jurutera aku kena banyak bercakap dan meluahkan segala pemikiran di dlm kepala otak aku.

Tapi bos aku kata, aku boleh buat kerja. Kerja yg aku buat semua takde masalah. Yang masalahnya ialah kelemahan ketara yg ada pada aku skg ni. Masa kat kilang lama dulu pun, bos department aku bagi markah appraisal kat aku semuanya tip top. Tapi dia cakap satu part je dia bagi markah rendah iaitu komunikasi sbb dia tak puas hati dgn cara aku berkomunikasi terutamanya dgn org2 jabatan kerajaan.

Sebab tu dulu kat tempat lama puak management selalu buli aku. Sebab diorang tahu aku tak akan bangkit melawan. Mungkin kelemahan ketara pada aku boleh menyebabkan org lain mengambil kesempatan. Bos aku kata," Kalau jadi cikgu pun kena banyak bercakap, inikan pula jadi jurutera. Saya tau apa kerja yg sesuai utk kamu. Kamu duduk dekat pondok tol, jadi jurutol. Kerja tu tak payah bercakap."

Aku pun tak tau boleh atau tak aku ubah karekter aku ni. Bos aku kata ini adalah perbincangan terakhir. Kalau aku tak berubah faham2 aje lah. Bukan aku tak boleh buat kerja. Company lama aku dulu pun masa aku nak resign dulu, diorang siap pujuk supaya tarik balik. Tapi aku dah buat keputusan lama dah. Ini adalah projek terakhir aku kat sini. 3 atau 4 bulan lagi lepas habis projek ni, aku nak resign. Aku belum pasti nak pegi mana. Kalau aku join company lebih besar, lagi teruk aku kena. Entah la, aku harap aku boleh berubah. Mungkin aku kena jadi seniman pelukis la, hidup dalam kemisterian.

2 comments:

  1. elek jim..kdng2 kte kne break de wall..ak dulu mcm tu gk..cbrn tu..try challenge..gud luck

    ReplyDelete

http://www.emailcashpro.com