21 October 2011

Kerja gila...

Sebenarnya hari selasa lalu aku dah bagi notis resign. Bos aku bagi peluang nak tarik balik, tapi aku tak nak. Alkisahnya walaupun bos aku selalu marah2, tapi bos aku tak nak aku berhenti sbb aku reti buat kerja. Dan dia pun dpt tahu yg aku sebenarnya main resign je kelmarin bukan sbb aku dah dpt offer tempat lain.

Hari ni lepas aku balik drpd buat keje di Melaka, bos pun panggil aku chitchat sikit. Dia nak aku kerja dulu kat company tu sementara aku belum dpt keje lain lagi. Tapi dia tak paksa katanya. Pendek kata aku pun setuju. Walaupun aku tahu dia nak gunakan aku sbb takde pilihan lain, tapi aku tak kisah. Aku memang selalu buat kerja ikhlas. Yang penting dia bayar gaji aku.


Bos kata taknak halang aku kalau aku dpt tempat lain lepas ni. Kalau aku berubah hati tiba2 nak stay kat company semula pun dia akan terima. Yang penting skg ni antara aku dgn dia dah terus terang.

Well, aku bukan taknak menimba pengalaman. Tapi, aku rindu kerja lama aku la. Dulu aku kerja company buat pressure vessels dan aku memang rindu nak balik kpd bidang tu semula. Aku taknak kembali ke kilang lama aku dulu. Aku tgh cuba cari peluang nak kembali semula kpd pressure vessels di tempat baru.

Buat masa ni aku rasa aku kerja kat sini dulu la. Maknanya aku kena pegi Johor hujung bulan ni. Huhuhu... Boleh pegi Singapore setiap hujung minggu.

No comments:

Post a Comment