01 November 2011

Dead Rising 2


Game tahun lepas ni, tapi aku tak sempat nak main. Baru install dlm bulan September hari tu. Bulan lepas dah keluar game baru iaitu Dead Rising 2: Off Record. Tapi hari ni aku nak reviewkan dulu game ni. Kelas jugak game keluaran Capcom ni. Kerja sepak terajang zombie. Cerita bermula semasa korang menyertai satu pertandingan membunuh zombie di Fortune City. Entah camne tiba2 berlaku zombie outbreak dan berlaku la suasana panik lagi huru hara.

Sebagai watak utama, korang berjaya mencari tempat persembunyian dgn membawa seorg budak pompuan yg merupakan anak watak tersebut. Kemudian kelihatan di televisyen bahawa watak utama telah difitnah sbg penyebab kpd zombie outbreak tersebut. Skg ni korang ada masa tiga hari utk membuktikan korang tidak bersalah sebelum pasukan tentera tiba.


Ada berbagai skill dan cara yg boleh digunakan utk membunuh zombie. Juga ada combo card yg boleh didapati dan dgn adanya combo card ini, korang boleh menggabungkan benda2 utk mencipta senjata berbahaya. Tak kisah le nak gabung paku dgn kayu bat atau penyapu dgn mercun ke asalkan ada combo card. Memang best.

Yang tak bestnya ialah setiap mission ada had masa yg mana jikalau had masa telah sampai, mission itu akan lupus. Tak dpt reward la camtu kan. Tapi korang boleh restart balik story ni bila2 masa. Dan yg bagusnya segala experience dan level korang masa tu akan kekal walaupun korang restart story semula.

No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com