14 January 2012
Catatan pertama tahun ini
Aku mulakan entry pertama pada bulan ini dgn kisah hidup aku skg. Aku sedang berada di Johor skg ni dekat hujung Malaysia (berhampiran Singapore). Dah hampir tiga bulan aku kat sini sbb aku tgh jaga projek company aku pasang paip dlm bangunan baru nak buat. Berjauhan dgn family bukanlah masalah bagi aku. Sbb setiap dua atau tiga minggu aku pasti akan balik ke Kuala Lumpur. Macam bulan Disember yg lepas, setiap minggu aku balik. Lagipun aku bukannya budak2 walaupun perangai aku masih kebudak-budakan.
Pada minggu lepas berlaku satu peristiwa bersejarah dlm hidup aku kerana buat pertama kalinya dlm tempoh dua tahun setengah, aku menjejakkan kaki ke pawagam. Bertempat di City Square JB aku dan member aku menonton filem Awakening lakonan Rebecca Hall. Kali terakhir aku menonton wayang adalah pada tahun 2009 di Jitra Mall selepas selesai peperiksaan terakhir di universiti. Aku tengok filem Bohsia bersama Razi dan seorang lagi yg aku tak ingat siapa.
Hujung minggu ni tahun baru cina aku akan pulang ke Kuala Lumpur. Cuti seminggu agaknya pasal kebiasaannya bos aku bagi cuti seminggu. Belum ada lagi perancangan nak buat apa kat rumah. Mungkin aku nak habiskan main game komputer kot. Atau ambil dan hantar adik aku balik sekolah. Nak melancong pergi Singapore tak cukup duit pulak. Bila la claim aku nak masuk agaknya. Banyak benda dan gadjet yg aku teringin nak beli ni.
Harap2 projek aku kat Johor ni cepat habis la. Aku tak larat la menanggung perbelanjaan kat sini. Duduk rumah jugak best. Makan malam free, sarapan tersedia setiap pagi tapi yg tak best ialah tak bebas la macam keje outstation. Keje outstation bos aku tak amik port apa yg kitorang buat kat sini, yg penting keje siap. Adakah aku akan bertukar ke company lain lg selepas habis projek ni? Wait and see...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment