01 December 2014

Loan ASB - Analisa umum secara peribadi


LOAN AMANAH SAHAM BUMIPUTERA




Aku ada cuba nak buat kira2 sikit pasal loan asb ni. Pernah dengar drpd tahun 2011 lagi. Masa tu aku tak minat sangat pasal aku rasa interest rate dia sgt mahal dan menguntungkan bank gila2. Tapi setelah aku study dan baca di internet, aku dapati loan asb ni ada kebaikan dan keburukan tersendiri. 

Kalau korang terfikir nak buat loan asb ni, jgn tanya bagus atau tidak loan asb ni. Sebaliknya tanyalah pada diri sendiri "mampukah aku membayar loan ini setiap bulan tepat pada waktunya?" Inilah salah satu kebaikan loan asb iaitu mendisiplinkan diri utk menabung. Kalau nak harap simpan sendiri tiap2 bulan dlm asb, aku rasa mungkin akan ada yg miss sbb dah pakai duit beli itu dan ini. Tetapi kalau buat loan asb, nak tak nak terpaksa bayar jugak.

Sebaiknya kalau nak buat loan asb ni, ambil nilai maksimum dan tenure maksimum. Kalau boleh pegi sampai 200k buatlah loan sebanyak tu. Loan tenure pula seeloknya 25 -30 tahun. Loan maksimum adalah supaya utk memaksimumkan dividen anda pada akhir tahun kewangan dan tenure maksimum pula adalah utk meminimumkan seboleh minimum pembayaran bulanan anda.

Loan asb ni pun ada skill 'pairing' juga. Biasanya org guna utk pairing dgn pembelian hartanah. Korang boleh guna dividen utk membayar deposit rumah. Katakan dividen setahun rm15k. Dua tahun dah rm30k. Jadi pada tahun ketiga korang boleh guna rm30k ni utk bayar deposit rumah berharga rm200k. Lagi rm170k tu korang buatlah loan kat mana2. Komitmen bulanan akan bertambah juga sbb nak bayar loan asb dan loan rumah. Tetapi bila tahun depan dpt dividen lagi bayar lagi rm15k. Ulang sampai habis loan tersebut. Maknanya hanya dalam tempoh 12 tahun shj, korang dah boleh bayar habis sebiji rumah. Berbanding kalau korang bayar tiap2 bulan rm700 to rm1000++ kat bank utk sebiji rumah harga rm200k, mungkin akan ambil masa dekat 18 to 20++ tahun utk settle loan rumah tu. (Aku bagi anggaran je, korang kira la sendiri ye..)

Dengan harga rumah pada zaman ni yg tak masuk akal, aku rasa berapa lama korang kena berhutang dgn bank utk membeli sebiji rumah? Alamatnya sampai pencen la korang duduk menyewa je, tak nak beli rumah. Loan asb adalah salah satu cara yg boleh diguna pakai utk menyelesaikan permasalahan tersebut. Aku tak nak cerita pasal teknik overdraft asb, refinance ke apa ke sbb aku pun tak faham sangat macam mana diorang buat. Ada org kata lepas dua tahun elok terminate dan apply loan baru.

Keburukan loan asb ni mungkin pada interest ratenya yg bergantung kpd BLR. Kalau BLR naik, kira ada kenaikan jugak la kpd nilai bayaran setiap bulan atau pun tenure mungkin dipanjangkan. Walaupun begitu, pendapatan asb ni adalah terjamin malah dijamin oleh kerajaan. Senang cerita kalau melabur kat asb, memang ada untung la.

Dan juga kalau korang terminate pada tahun ketiga atau keempat dan seterusnya korang tetap akan untung. Nilai sijil akan ditolak baki loan jadi itulah duit yg akan dipulangkan oleh bank. Kalau dicampur dgn dividen yg korang dah guna memang untung sebenarnya kalau dibandingkan simpan sendiri. 

Kalau korang tak nak guna dividen setiap hujung tahun pun boleh. Korang biar je compounding dlm asb sampai 30 tahun korang boleh dapat nilai hampir sejuta. Atau pun gunakan dividen tu utk bayar bulanan pada tahun kedua dan seterusnya. Tapi nilai akhir yg korang dapat pada tahun ke 30 hanyalah sekitar rm300k ++ shj. Okay la tu, drpd takde langsung. Lagipun korang bayar pada tahun pertama je. Lagi 29 tahun, dividen yg bayarkan. 

Aku rasa korang buatlah sendiri kira2. Aku pun ada buat kira2 pakai MS Excel. Tapi aku tak mau tunjuk calculation kat sini, kang ada org cakap aku mengajar matematik pulak. Satu soalan je aku nak tanya, "bayar loan asb atau loan kereta lebih menguntungkan?" Kahkahkah... Kalau bayar loan kereta boleh dapat dividen, aku pun sanggup. Kepada lepasan universiti yg baru nak menempuh alam pekerjaan tu, belilah kereta second hand je atau pakai Kancil macam aku pakai skg ni. Buat loan asb skg, lepas 5 tahun korang pair dividen asb dgn Volkswagen Golf GTi. Barulah cara...huhuhuhu

* Lagi 'best' kalau 'pair' dgn emas.


Mahukah anda menyertai perniagaan yg menguntungkan dan bermula dengan kos yang rendah?



No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com