10 February 2015

Borderlands 2


Di saat entri ini ditulis, aku baru saja menghabiskan main story utk game Borderlands 2. Aku punya Borderlands 2 ni edisi Game of the Year yg keluar pada Ogos tahun lepas. Walaupun tahun lepas ada keluar game Borderlands Pre-sequel dan Tales from Borderlands, namun aku main game ni dulu utk membiasakan diri dgn dunia Pandora. Hehehe!!


Basically game ni adalah first person shooter, dlm masa yg sama  korang boleh upgrade karekter sepanjang jalan cerita berlangsung. Namun begitu, apabila karekter korang jadi lebih kuat, korang juga akan bertemu musuh yg lebih hebat. Very challenging! Ini adalah game yg sangat menarik. Jalan cerita je pun dah best, kadang2 rasa kelakar pulak dgn gelagat karekter dlm game ni. huhuhu.. 

So, bila dah habis main game ni aku dah unlock true vault hunter mode. Macam biasa la kebanyakan game pun ada buat macam ni. Tapi aku ingat nak main DLCs yg ada dlm edisi GOTY ni la. Rasa malas nak main balik storyline yg sama.

Dah lama aku tak enjoy game FPS macam ni semenjak zaman counter-strike dulu. Jangan cerita pasal battlefield atau Call of Duty la, itu lagi lama aku tak main. Bagi yg pernah main game Borderlands 2 ni, mesti korang akan setuju yg game ni memang solid dan sangat best. Bagi mereka yg belum tahu apa itu Borderlands dan dunia Pandora, silakan mencuba kerana ianya berbaloi.










No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com