14 July 2008
Total War Barbarian Invasion (Part 1)
Aku rasa PC game ni adalah antara game strategi yang paling best pernah aku main. Dikeluarkan pada tahun 2005, game ni merupakan expansion kepada Rome:Total War yang dikeluarkan pada tahun sebelumnya. Berbanding dengan RTW, TWBI lebih menumpukan kepada peperangan dan kurang kepada pembinaan bandar. Ada banyak empayar seperti Rom yang terbahagi kepada barat dan timur, Sassanid yang berbangsa Parsi, dan sebahagian besar empayar barbarian horde seperti Lombard, Hunnic, Vandal dll yang sentiasa mengganggu ketenteraman empayar-empayar besar seperti Rom.
Aku memulakan permainan dengan memilih empayar Sassanid. Aku perlu menawan 20 bandar termasuk Jerusalem, Alexandria dan Constatinople untuk memenangi kempen tersebut.
Sassanid mempunyai kekuatan yang sederhana untuk range unit, melee unit dan cavalry unit. Sebab aku memilih Sassanid ialah kerana empayar ni adalah satu-satunya yang mempunyai tentera gajah. Pada mulanya aku diasak oleh empayar Rom Timur yang berpusat di Constantinople yang bertubi-tubi menyerang bandar-bandar besar aku. Tetapi dengan perancangan yang rapi, aku berjaya mematahkan usaha mereka lalu melakukan counter dengan menyerang mereka semula. Akhirnya aku berhasil menawan satu demi satu bandar yang dimiliki oleh Rom Timur.
Aku sambung kemudian, aku tak nak post panjang sangat.
To be continued...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment