
Sewaktu aku menawan Constantinople, hanya ada beberapa kerajaan sahaja yang tinggal iaitu Rom Timur, Rom Barat, Vandal, Burgundii, Hunnic dan Roxolani. Namun tidak beberapa lama kemudian, Hunnic dan Roxolani dihapuskan oleh Burgundii dan aku pula berjaya memusnahkan Rom Timur. Ini menjadikan hanya ada empat kerajaan yang tinggal iaitu Rom Barat, Burgundii, Vandal dan Sassanid. Rom barat membuat pakatan dengan Sassanid sebelum mereka berpaling tadah tidak berapa lama kemudian. Vandal tidak membawa banyak masalah kepada aku kerana kekuatan unit mereka hampir sama dengan Sassanid.

Tetapi bagi aku Burgundii sangat menyusahkan aku. Hal ini kerana kekuatan unit melee mereka iaitu Choosen Axemen yang merupakan unit melee terbaik dalam game ini seringkali hampir menyebabkan aku putus asa. Tetapi Burgundii kekurangan unit cavalry dan apabila berperang dengan burgundlii aku menggunakan sedozen unit pemanah berkuda sambil dibantu oleh beberapa unit cataphract dan cibliinari. Pemanah berkuda mampu memanah dari jauh dan apabila Choosen Axemen meluru ke arah mereka, pemanah berkuda boleh berundur dengan cepat. Peluang ini akan digunakan oleh unit cataphract untuk menyerang Choosen Axemen dari belakang dan sisi dengan kelajuan yang pantas.
To be continued...
No comments:
Post a Comment