05 September 2008

Menatap mata si gadis

Bagi kaum lelaki pernahkah anda merenung mata seorang gadis dan apakah yang anda dapat rasakan. Adakah anda merasakan sesuatu yg indah dan bergelora di dalam jiwa? Bagaimana pula reaksi si gadis terhadap perbuatan anda? Adakah si gadis merenung anda kembali, atau mengalihkan pandangannya? Selalunya ada 3 reaksi yang biasa dilakukan oleh si gadis apabila ada lelaki menatap matanya.
Pertama : gadis itu akan mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Pada firasat saya gadis ini tidak beminat terhadap lelaki yg memandangnya.
Kedua : gadis itu membalas pandangan lelaki dan merenung matanya dalam-dalam. Pada firasat saya gadis itu ada sedikit minat terhadap lelaki yg memandangnya. Cuma lelaki tersebut perlu mengambil langkah seterusnya utk memulakan perkenalan.
Ketiga : gadis itu mengalihkan pandangan ke tempat lain dan beberapa saat kemudian memandang semula lelaki tersebut. Sebenarnya hal ini susah utk saya tafsirkan. Mungkin gadis tersebut ingin memastikan, "dia pandang aku ke?".. Atau pun mungkin gadis itu hanya ingin bermain mata dgn si lelaki.




Menyentuh tentang kes ketiga, di mana si lelaki dan gadis bermain mata di antara satu sama lain, sebenarnya akan menimbulkan beberapa masalah. Yang pertama, si gadis akan perasan sendiri yg lelaki itu menyukainya atau sebaliknya. Yang kedua akan menyebabkan jiwa mereka goyah terhadap tarikan antara satu sama lain. Bak kata pepatah, cinta dari mata memandang akan turun ke hati. Jadi akan mulalah adegan di mana si gadis akan cuba mendekati si lelaki dan mengharapkan lelaki itu memulakan dahulu salam perkenalan atau pun sekadar bertegur sapa. Si gadis akan memberi signal/tanda2 awal seperti sengaja berada dekat dgn lelaki tersebut, senyum kpd lelaki tersebut dan sebagainya. Langkah seterusnya bergantung kepada lelaki tersebut. Tetapi kenapa ada lelaki yg buat bodoh je seolah-olah tak faham apa yg berlaku. Adakah mereka terlalu ego atau pun sebenarnya malu-malu kucing? Atau si lelaki sebenarnya mempunyai alasan tersendiri yg tak dapat diberitahu kpd si gadis? Saya percaya dlm kes ketiga ni selalunya lelaki mempunyai alasan tersendiri kenapa dia tidak mengambil langkah seterusnya utk mendekati si gadis. Bukan kerana lelaki itu ego atau pemalu. Kalau difikirkan, kenapa perlu ego atau malu? Nanti diri sendiri yg rugi. Jauh sekali niat lelaki itu utk bermain-main dgn perasaan si gadis. Si gadis perlu menilai sendiri dari mata si lelaki; sekiranya ada cahaya cinta, berikan ia sedikit masa atau pun banyak masa/masa tambahan. Main bola sepak pun ada extra time kan? Tetapi sekiranya anda tidak sanggup memberi masa atau tak sanggup nak tunggu lagi, jgn bermain lagi. Carilah orang lain yg boleh membahagiakan anda.

No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com