24 November 2008

Dugaannya

Kali ni keyboard pulak rosak. Laptop pulak tu, camne nak repair ni? Bulan lepas internal hard disk rosak, dah beli baru. 4 bulan lepas, lcd support patah, setahun lepas dvd rom rosak. Nampaknya jangka hayat laptop aku dah semakin hampir ke penghujung setelah 4 tahun digunakan. Kalau nak repair memang kena hantar kilang punyalah. Baik aku beli pc baru. Hati ini sudah pasrah dgn takdir yg menimpa. Buat masa ni terpaksalah guna external keyboard, sambung pakai kabel usb. "Aku dah nak grad ni, tolonglah bertahan utk 6 bulan lagi"- Rayuan daripada seorang tuan kpd laptopnya yg selalu bekerja keras.


external hard disk aku yg agak popular sejak dua tahun yg lepas

Walaupun nasib malang menimpa aku, tapi ada sedikit ruang kegembiraan kerana speaker Nokia 6110 Navigator aku sudah kembali berfungsi seperti biasa. Sebelum ni, sound tak berapa kuat. Nama aje Navigator, tapi aku tak pernah pun guna sistem GPS kat hanset aku. Model baru 6120 Navigator dah lama keluar, siap ada aplikasi n-gage lagi. Handset aku bila nak masuk dlm senarai yg compatible dgn n-gage ni? Model aku bukan dah lama sangat keluar, baru setahun je pun.

No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com