Di zaman moden ni, ramai org mencari cinta di alam siber. Sebagai contoh di laman sembang, social networking, internet messenger dsb. Aku ingat lagi masa zaman sekolah dulu. Masa tu aku sekolah asrama. Balik sebulan sekali je. Masa aku balik rumah, ayah aku bagi satu surat dgn sampul dah terbuka. Ada sorang perempuan hantar surat nak berkenalan dgn aku. Aku rasa nak marah pun ada, mesti satu family dah baca surat tu. Tapi aku pelik camne perempuan tu boleh dpt alamat rumah aku, sedangkan dia sekolah lain. Selepas beberapa bulan berutus surat, maka dia pun mintak gambar aku. Aku pun bagilah. Tapi bila aku minta gambar dia, dia bagi macam2 alasan. Ada jugaklah beberapa kali kami berbual di telefon, mana dia dpt nombor telefon aku pun aku tak tau.
Kebetulan ada sorang kawan aku tu, adik perempuan dia sekolah dgn budak perempuan tu. Aku suruh kawan aku tu usha camne rupa budak tu. Melalui bantuan adik dia, kawan aku cakap budak perempuan tu agak comel, putih tapi muka ada jerawat sikit2. So mungkin sebab tu lah dia bagi macam2 alasan tak nak hantar gambar kat aku. Sebenarnya aku tak kisah pun kalau ada jerawat ke apa, tapi apa yg penting adalah keyakinan diri dan cubalah bersikap jujur. Tak lama lepas tu aku pun mengambil keputusan tak nak berhubungan dgn dia lagi kerana aku sebenarnya tak reti nak layan kerenah perempuan.
Aku pun ada berkenalan dgn sorang perempuan melalui internet messenger. Perempuan ni waktu mula2 chatting dgn aku, terus mintak gambar aku. Selepas saling bertukar gambar, kitorang pun selalu berchatting. Sampai suatu masa tu, perempuan tu tanya aku dah ada awek ke, pastu aku cakap la aku masih single. Aku dapat tau yg dia baru clash dgn balak dia dan aku banyak nasihatkan dia. Utk mengelakkan hubungan kitorang pergi lebih jauh, maka setiap kali dia mesej aku, aku tak balas. Bukan aku tak suka dia tapi aku tak nak beri harapan. Dah la aku tak kenal dia, rumah pun jauh. Lagi pun aku tak suka berchatting lama2, nanti ketagih.
Semester depan adalah semester terakhir aku di universiti. Maka aku akan memulakan misi mencari kekasih tak kira melalui apa cara sekali pun. Melalui kawan2 aku ke, internet ke, laman sembang ke, tapi ngorat kat pasar malam tak boleh la sebab aku ni pemalu. Kini aku ingin memikirkan ttg masa dpn aku. Selama ni pun bila setiap kali aku suka kat mana2 perempuan, aku mesti membatalkan hasrat aku utk bekenalan dgn nya. Kerana setiap kali itulah aku mesti akan teringat pesan ayah aku, "Selagi masih belajar, jgn mengada-ngada nak couple2." Padahal mak aku couple dgn ayah aku masa ayah aku tahun 2 kat universiti. Kenapa pulak aku tak boleh couple masa belajar? Adil ke? Tapi takpe, aku memang macam ni. Nakal2 aku pun, tak kan lawan cakap mak ayah.
No comments:
Post a Comment