Kadang2 dalam hidup ini kita sering melakukan perkara yg kita sukai tanpa menyedari bahawa perkara tersebut tidak baik untuk kita. Dan kadang kala kita membenci seseuatu perkara itu padahal ianya baik utk kita. Sesungguhnya hanya tuhan saja yg mengetahui sesuatu yg tersurat dan tersirat di sebalik setiap perkara yg berlaku. Apabila kita menyedari hikmahnya di kemudian hari, barulah kita mengakui betapa kebesaran Allah Yang Esa.
Sebagai contoh ialah rokok. Para perokok suka menghisap rokok. Tetapi tabiat merokok ini tidak baik utk mereka sama ada mereka sedari atau tidak. Waktu dulu-dulu aku suka menghisap rokok. Tetapi akibat rokoklah aku mengharungi detik2 sukar dan terumbang-ambing dalam kehidupan zaman muda aku. Aku pun tak berapa ingat camne aku mula-mula berhenti merokok dulu. Waktu tu aku memang dah nekad tak nak hisap rokok lagi. Aku berhenti serta merta, tanpa melalui peringkat demi peringkat. Semuanya bermula dgn satu niat. Aku tak akan mengguris hati ibu lagi. Kerana ibuku amat membenci rokok.
Apabila aku meminta maaf kepada ibu, beliau memaafkan aku. Tetapi apa guna hanya meminta maaf, sedangkan aku tidak berubah langsung. Sebab itu aku berubah, dgn harapan hidup aku menjadi bertambah berkat. Apabila ibu redha dgn aku, maka Allah juga akan redha dgn aku. Nasib baik aku hisap rokok je, tak hisap dadah. Kalau tak, mesti jadi lagi parah. Tak payah rasanya utk aku ceritakan keburukan hisap rokok ni. Budak sekolah rendah pun tahu apa keburukan dia.
Ada orang bandingkan bahaya hisap rokok ni sama dgn bahaya makan gula banyak2. Kalau hisap rokok boleh dapat penyakit jantung, paru-paru dsb, sama macam makan benda manis pun boleh dapat penyakit diabetes dll. Tapi korang kena ingat, kesan makan gula berlebihan hanya kena kat individu tersebut sahaja. Sedangkan kalau hisap rokok kesannya bukan sahaja terhadap individu tersebut, malah orang di sekeliling juga turut berisiko utk mendapat penyakit disebabkan asap rokok yg korang hembuskan ke atmosfera. Jadi, korang fikirlah sendiri pendapat aku tu. Kalau tak nak berhenti sekarang pun takpe (aku tau susah nak berhenti rokok ni) tapi cubalah tanam niat utk berhenti suatu hari nanti. Mudah-mudahan korang akan berjaya.
Fatwa mengenai rokok:
- Pulau Pinang
- Kedah
- Perlis
- Selangor
No comments:
Post a Comment