20 December 2008

Ayam



Sepanjang kehidupan aku benda yg aku paling suka makan ialah ayam. Boleh kata setiap hari aku akan makan ayam. Ikan aku makan sekali-sekala je. Paling sikit aku makan ialah daging. Maksud aku daging lembu, aku tak makan daging kambing. Daging ayam yg terbaik ialah daging ayam betina yg tidak bertelur. Korang tau tak apa hikmahnya memakan ayam ni? Hikmahnya dlm Islam ialah memudahkan penghadaman, membetulkan imbangan badan, baik utk otak dan badan, serta mencantikkan paras rupa. Tetapi jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi.

Jadi nampaknya aku kena mengurangkan makan ayam. Bagaimana kalau aku seimbangkan dgn makan daging pulak lepas ni? Daging mempunyai bnyk khasiat. Dikatakan bahawa org yg memakan daging selama 40 hari berturut-turut tak akan mendatangkan kebaikan. Dan org yg tak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tak akan mendatangkan kebaikan. Dgn kata lain daging perlu dimakan secara sederhana. Daging yg paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yg paling baik ialah daging kambing jantan yg berumur satu hingga dua tahun. Agak merugikan org macam aku kerana tak makan daging kambing. Tetapi daging babi adalah diharamkan utk org Islam.

1 comment:

http://www.emailcashpro.com