23 January 2009

Sekadar nasihat...

Wahai manusia janganlah kamu mendekati zina. Seperti yg kita selalu baca di suratkhabar, terutamanya di harianmetro online (yg mana kalau ada berita panas terus copy dan paste link kat shout out Skype!) kita mendapati terlalu banyak berlaku gejala sosial ini sekaligus menandakan kita sedang berada di akhir zaman. Bukan setakat golongan remaja seperti pelajar sekolah dan universiti, malah org2 tua yg sudah lanjut usia pun turut sama melakukannya.

Perlulah diketahui bahawa perbuatan zina ini hukumannya kalau mengikut hukum Islam ialah sebatan dan bagi yg dah berkahwin pula boleh dikenakan rejam sampai mati sekiranya cukup syarat dan penyaksian. Kesan daripada perbuatan ini ialah seperti kelahiran anak luar nikah, rosaknya keturunan dan banyak lagi. Ada juga yg berpendapat bahawa perangai ibu bapa (yg berzina) akan menyebabkan anak cucunya akan mengulangi perbuatan yg sama pada masa akan datang. Dlm hal ini aku berpendapat bahawa ianya bukanlah disebabkan pengaruh genetik. Kerana lahirnya seorang bayi itu umpama sehelai kain putih, ibubapanyalah yg mencorakkannya menjadi yahudi , nasrani atau sebagainya. Bermakna didikan dan cara asuhan ibubapa memainkan peranan penting kpd anak2. Namun aku tak menolak pendapat tersebut sepenuhnya kerana ianya tak mustahil, perangai ibubapa tak mustahil dpt diwarisi oleh anak2, bak kata pepatah like father like son. Mahukah anda melihat anak cucu dan keturunan anda mengulangi perbuatan zina seperti yg anda lakukan? Ayuh bertaubat sekiranya sudah terlanjur.
Allah pasti akan menerima taubat anda sekiranya dilakukan bersungguh-sungguh, lagipun takde manusia yg terpelihara drpd melakukan dosa kecuali para nabi dan rasul.

Artikel ini aku tulis atas kesedaran utk mengajak kita semua ke arah kebaikan. Atikel ini takde kena mengena dgn pengalaman aku langsung, demi Allah aku masih terpelihara dan tak pernah melakukan seks dgn mana2 pompuan. Terima kasih di atas kelemahan aku yg tak boleh tahan dgn bau badan pompuan menyebabkan aku tak berapa suka mendekati mereka. Tapi sekiranya aku berada dlm situasi berdua-duaan dgn pompuan, aku sendiri pun tak pasti apa yg akan aku lakukan. Iman seteguh gunung pun boleh runtuh dgn godaan pompuan, itu belum tambah dgn godaan syaitan lagi. Sbb tu jgn kita dekati zina termasuklah zina kecil seperti zina mata - tengok pompuan seksi, tengok cerita porno dan zina tangan - faham2 sendirilah.

3 comments:

  1. Aku rse ko nie ada 2 personality la...satu baik...satu jahat.Meh cni yang jahat...aku nak kawan dgn ko...

    ReplyDelete
  2. tu arr..split personality..kejap tanduk..kejap serban..tapi yang penting ko ok..at least ade kesedaran dari pada xde langsung..

    ReplyDelete
  3. setiap org ada bad side. tapi yg penting jgn biarkan ia menguasai diri kita, kalau x nanti jadi death vader..

    ReplyDelete

http://www.emailcashpro.com