08 February 2009

Ayam, burung helang & jarum emasnya

Tau tak kenapa ayam sangat takut kpd burung helang? Biar aku ceritakan kisah sebenar kenapa berlaku sedemikian rupa. Sebelum tu, aku nak bagitau mungkin korang dah pernah dengar cerita ni waktu kecil2 dulu. Tapi sebenarnya itu semua pembohongan semata-mata, mentang-mentanglah korang semua waktu tu masih kanak2 lagi. Senang2 je kena tipu dgn cikgu korang.

Baiklah, biar aku mulakan. Pada suatu masa dahulu di sebuah negeri di Antartika terdapat segerombolan ayam yg hidup secara berkumpulan dan bersatu padu. Hidup mereka amat rukun, dan saling bantu membantu. Telah ditakdirkan pada suatu hari seekor burung helang telah tersesat ke dlm negeri mereka ketika terbang mencari restoran KFC.


Burung helang tersebut pun mendarat di tengah2 padang ketika ayam2 tersebut sedang bermain ragbi. Melihatkan pendaratan cemas yg dilakukan oleh burung helang tersebut, maka ayam2 tersebut pun merasa kagum dgn kepakaran burung helang itu melakukan pendaratan cemas.

“Wahai burung helang, bagaimanakah engkau boleh terbang sebegitu tinggi di atas langit? Bolehkah engkau mengajarkan teknik2 penerbangan berkesan kpd kami? Selama ni kami search kat internet tak jumpa pun teknik tersebut.” kata salah seekor ayam kpd burung helang.
Maka burung helang pun menjawab, “Teknik aku ni ada rahsianya, kalau search kat internet mmg tak jumpa.”

“Ajarkanlah kpd kami,” rayu seekor ayam lagi. “Amat berat hatiku utk memberitahu. Tetapi melihatkan keadaan kamu yg hidup di negeri tandus ni, lagi bertambah berat hatiku melihatnya,” ujar burung helang. “Ajarkanlah kpd kami agar dpt kami berhijrah ke tempat lain,” pinta seekor ayam lain sambil memeluk dan menarik kaki burung helang sampai nak terlondeh kain pelikat yg dipakai oleh burung helang tu.
“Baiklah, rahsianya ialah jarum emas ini. Keturunan aku semuanya menjahit kepak menggunakan jarum emas ni, sbb tu kami boleh terbang tinggi di angkasa” kata burung helang sambil menunjukkan sebatang jarum kpd ayam2 tersebut.

Mendengarkan penyataan itu, semua ayam tersebut pun tercengang.

“Macam tak logik je cakap kamu ni burung helang,” begitulah kutukan salah seekor ayam yg tua. “Setakat jarum emas, aku pun boleh beli kat Seven E,” tambah seekor ayam kecil dgn penuh yakinnya.

“Betul, aku tak tipu!”bantah burung helang pula dgn perasaan yg mendidih. Dahla minta tolong ajar, pastu diperkotak-katikkan pulak. Mana tak menyirap darah burung helang tu. Setelah berlaku rundingan selama 2 hari 2 malam, akhirnya burung helang pun bersetuju meminjamkan jarum emas tersebut kpd ayam2 dgn syarat mereka menjaganya dgn baik.
Maka bermulalah proses menjahit kepak dimulai dgn ayam yg pertama iaitu ketua kampong yg merangkap kapten pasukan sorak (cheerleader) ayam2 tersebut. Tetapi malangnya ketika ketua kampung baru sahaja selesai menjahit separuh drpd kepaknya, jarum tersebut telah terjatuh ke atas tanah. Si ayam cuba mencari namun tidak berjumpa.
Maka semua ayam pun bekerjasama mengais tanah tak kira pagi dan petang dgn harapan dpt menemui semula jarum tersebut. Tapi korang tau la kan camne keadaan kat antartika tu. Kalau kais2 pun bukannya boleh jumpa. Kat bawah ais tu kan ada air. Ayam pun bukannya reti nak menyelam. Entah2 ada penguin mana pulak yg jumpa jarum emas tu terus ambik dan pegi lelong kat ebay.

Maka hal itu telah diketahui oleh burung helang sbb masa dia buka website ebay dia nampak jarum emas yg dipinjamkan itu ada dilelong kat situ. Tapi burung helang tak sempat nak bid sbb masa tu tinggal berapa minit je lg bidaan nak ditutup. Lagipun nak dijadikan cerita time tu dia terlupa pulak password nak masuk akaun ebay dia. Mulai hari tu, burung helang pun berdendam dgn semua keturunan ayam. Sudah banyak keturunan ayam diburu dan dimakan oleh burung helang. Jadi, moral drpd cerita ini, jagalah harta org lain yg dipinjam dgn sebaik-baiknya. Dan yg kedua jgn lah berdendam macam burung helang tu, apalah salahnya kalau saling memaafi.

Cerita ni aku ambik dari majalah kanak2 yg adik lelaki aku baca. Aku saja tambah2 nak kasi sedap cerita, tapi yg penting plot asalnya tak lari. Hehehe....


1 comment:

http://www.emailcashpro.com