04 February 2009

Pengalaman pahit di musim cuti

Kali ni aku nak berkongsi satu kisah yg berlaku tak lama dulu. Tengok tajuk macam karangan budak sekolah rendah tapi ini adalah kisah benar,bukannya karangan. Tak ramai org tau kisah ni sbb masa tu ramai yg dah balik kampung. Di suatu tengahari yg panas terik aku pun ajak kong teman aku beli tiket bas kat Kuala sbb aku takde kenderaan nak pegi pekan. Semasa pergi dan selepas selesai membeli tiket tiada apa2 yg menimpa kami. Tetapi dlm perjalanan balik tu kami yg sedang menaiki motor telah dilanggar oleh sebuah lori kecil milik sebuah hotel di Kuala. Ketika itu kami sedang melepasi simpang empat dekat tempat pembuangan sampah. Labih malang lagi aku sebagai pembonceng mengalami kecederaan ringan apabila cedera kat lutut. Dahla lori tu langgar kaki aku, pastu dia boleh blah camtu aje. Dlm keadaan sakit, aku pun pasrah je melihat lori tersebut meninggalkan kitorang. Kong pun suruh aku turun dari motor dan dgn ketatnya pegi mengejar lori tersebut sampai atas jambatan.


Sementara itu di tempat kejadian aku ditemani oleh seorang penunggang motor yg merupakan penduduk setempat yg kesian tengok aku berpura-pura mengalami kesakitan. Melalui siasatan awal budak kuala yg menjadi saksi tu, dia mengatakan yg pemandu lori tersebut tidak memandang ke kanan sewaktu keluar simpang (Apela punya bodo keluar simpang tak tengok kiri kanan). Hasil postmortem pulak takde sbb takde sape yg terkorban semasa kejadian, kalau ada pun mungkin 2-3 ekor semut je yg arwah ketika melintas jalan waktu tu.


Seluar aku yg koyak tapi bukan mcm seluar penyanyi rock

Kemudian kami menuju ke klinik Penawar kerana pemandu lori tersebut berjanji utk datang ke situ. Namun klinik tersebut tutup dan terpaksalah kami pergi ke klinik kesihatan yg sebelah pejabat pos tu. Kat situ aku mendapat rawatan cam biasa siap kena injection anti tetanus lagi. Aku bersyukur kerana tak patah kaki walaupun dilanggar agak kuat oleh lori tersebut, cuma luka-luka je. Nasib baik kong mampu mengawal motor dgn baik, kalau tak kitorang dah tercampak dalam parit dan mungkin tak dpt melihat dunia lagi. Sakit jugaklah kena langgar, lagi sakit drpd ditackle oleh R**i masa main futsal (utk mengelak kontroversi aku tak tulis nama sebenar).

Namun, aku agak terkilan dgn sikap pemandu lori tu yg tak meminta maaf kat aku, dahla seluar aku koyak akibat kejadian tu. Dia cuma tanya aku ok ke tak, pastu bagi duit seringgit utk bayar rawatan. Aku rasa dia ego utk minta maaf sbb dia tengok aku senyap je. Kalau aku marah tentu dia takut, tapi camne agaknya nak marah org lain ye? Aku bukannya reti nak marah org lain terutamanya org yg aku tak kenal. Apapun aku berterima kasih kat kong sbb teman aku beli tiket. Dulu aku pernah langgar motor dia, jadi sbg balasan masa kejadian tersebut aku pun protect motor dia pakai kaki aku. Akibatnya lutut aku cedera manakala kong dan motornya terselamat.

1 comment:

  1. fuhh....mulianye kao ajim...sggup menggadaikan lutut utk slamatkan kong & motornye...
    papepn...bersyukurlah sbb ko ngn kong masih ade lg di sem terakhir kite nih..buang yg keruh,ambil yg jernih...br teguh peribadi~~ (",)

    ReplyDelete

http://www.emailcashpro.com