01 February 2009

Kriket

Apa permainan yg paling bosan kat dunia ni? Well, aku rasa salah satunya ialah kriket. Sbb apa? Entahlah, waktu aku sekolah dulu mostly kawan2 aku kata camtu. Walaupun membosankan namun kriket ni boleh dikira sbg salah satu sukan elit kat Malaysia ni sbb tak semua org berpeluang nak main. Lagipun ada banyak equipment diperlukan utk main game ni, kalau nak beli mmg tak mampulah.




Aku mula2 main kriket ni waktu form 1 sbb abg pengawas yg jaga dorm aku masa tu merupakan wicket keeper sekolah dan juga wakil Malaysia utk team under 18. Waktu form 1 dulu selalu jugakla main kriket petang2, tapi bila masuk form 2 aku dah jarang turun padang sbb masa tu batch aku kena buli dgn senior form 4. Tapi masa aku form 3, aku main balik game ni dan dpt jadi wakil sekolah walaupun sekadar memanaskan bangku simpanan. Selalunya yg duduk kat bangku simpanan ni org kata secret weapon. Apa pun aku tak kisah yg penting dpt elaun dan dpt skip kelas. Masa tu peringkat negeri, team under 15 sekolah aku berjaya menang pingat perak . Hehehe, aku simpan lagi pingat tu sampai skg. Aku siap curi jersi sekolah lagi, eh silap, bukan curi tapi simpan sbg tanda kenangan.

Dan bila aku masuk form 4 aku dah tak main game ni lagi sbb aku bnyk kali buat kesilapan masa satu game friendly kat Seremban. Lepas peristiwa tu aku ambil keputusan utk bersara drpd sukan ni. Masa cuti bulan 12 hari tu aku jumpa salah seorg kawan aku yg merupakan pemain under 15 sekolah satu team dgn aku waktu dulu. Dia pun macam aku jugak, waktu form 4 dah tak main game ni. Aku tak terkejut bila dia kata dia jadi wakil UKM utk pertandingan kriket, tapi yg aku terkejut bila dia kata dia jadi wakil Selangor. Macam tak caya lak, tapi mmg betul, gambar dia ada keluar dlm paper Kosmo!. Tak sangka pulak dia boleh kembali main game ni kat universiti, aku ingat dia dah berhenti sama2 dgn aku waktu form 4 dulu.


No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com