08 April 2009

Andai ku tahu...

Tahukah kita bahawa malaikat maut memerhatikan kita sebanyak 70 kali dlm masa sehari? Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, maka manusia tidak dpt melihat kehadirannya. Sebuah hadis Nabi s.a.w yg diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yg maksudnya:
Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.

Sebenarnya manusia sering menilai kematian dgn berbagai tanggapan. Mereka melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit, peperangan, bencana alam dan kemalangan. Tidak ramai manusia yg mengaitkan kematian dgn kehadiran malaikat maut yg dtg tepat ketika ajal seseorang tiba. Ajal tidak mengenal sama ada seseorang itu sakit atau sihat, apabila sudah tiba ajal, kematian sesorang itu tidak dpt ditangguhkan walau sesaat.



Begitupun Allah s.w.t. menjadikan kematian itu dgn berbagai sebab, dan yg demikian itu ada hikmah disebaliknya. Seperti sakit tenat yg ditanggung berbulan-bulan akan menjadi rahmat bagi seseorang yg beriman kerana Allah memberi peluang dan menyedarkan dia agar mengingati mati, supaya dia menggunakan masa atau usia yg ada utk berbuat sesuatu, bertaubat atau memperbetulkan amalannya.

Selain itu, Allah s.w.t menjadikan sebab2 kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kpd malaikat maut spt mana yg diriwayatkan oleh Saidina Abas r.a dlm sebuh hadis Nabi yg panjang. Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa sedih apb dibebankan dgn tugas mencabut roh makhluk2 bernyawa, termasuk manusia dari kekasih2 Allah iaitu para Rasul, nabi2, wali2 dan org soleh. Diriwayatkan bhw Allah s.w.t berjanji akan menjadikan berbagai-bagai sbb kpd kematian yg akan dilalui oleh manusia sehingga manusia akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dgn sbb2 yg dialami oleh mereka spt sakit atau menghadapi kemalangan. Ketika itu Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dgn kehadiran malaikat maut yg diutuskan pada saat malapetaka bertepatan dgn ajal mereka yg sememangnya telah tiba. Tetapi hakikatnya ajal adalah takdir Allah s.w.t. yg telah tertulis sejak azali lagi. Izrail hanyalah tentera2 Allah yg menjalankan tugas spt yg telah diamanahkan kepadanya.

No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com