Akhirnya segala kesengsaraan telah berakhir dengan siapnya report Final Year Project (FYP) aku. Mungkin inilah berkat usaha aku yang sedaya upaya menghasilkan design yang tak seberapa ni. Tapi hakikatnya aku buat design ni menggunakan imaginasi aku sendiri tanpa sebarang rujukan atau pun jurnal. Aku dah cuba cari blueprint robot industri kat internet, tapi haram satu pun aku tak jumpa. Apa yang ada hanyalah beberapa ebook yang menerangkan pelbagai teori robotik dan beberapa gambar robot industri yang aku search kat internet menjadi panduan supaya design aku tak tersasar jauh.
Segala lukisan Solid Works yg aku hasilkan adalah ilham aku sendiri (lukis spur gear tak susah mana pun). Aku sendiri kecewa kerana sampai sekarang ni aku tak dapat mate gear dgn baik. Tapi takpe, yg penting robot aku boleh berfungsi dgn 5 darjah kebebasan (DOF) dan dpt melakukan tugas pick and place. Aku sendiri tak pasti dgn nasib aku dlm projek ni ,boleh lepas ke tak utk presentation? Kalau ada pape terjadi, aku harap Prof. akan back up aku. Sebagai penutup, aku telah menghasilkan prototype pink edition. Jgn tanya kenapa kaler pink.
No comments:
Post a Comment