26 May 2009

Usahawan?

Pada 16 Mei 2009 yg lalu, aku telah pergi ke Langkawi utk menghadiri kursus asas keusahawanan selama satu minggu. Segala-galanya bermula di LCCT apb kami berlima(aku,eddie,erfy,keli&zaim) menaiki kapal terbang tambah murah terus ke Langkawi selama 55 minit.

Rakan2 lain seperti Alan,Kapua dan G-han telah tiba lebih awal kerana menaiki feri pada waktu pagi. Syahmi pula tiba lambat sikit kerana menaiki feri pada waktu petang. Sebenarnya tujuan utama kami ke sini adalah utk melancong dan bersuka-ria. Tetapi agak mengecewakan kerana jadual kursus terlalu padat. Setiap hari program bermula pada pukul 8.30 pagi dan habis pada 12.30 malam.



Di sana kami menginap di Sandy Beach Resort yg terletak di Pantai Cenang. Kawasan Pantai Cenang merupakan tempat tumpuan para pelancong. Jadi, di sini para peserta kursus yg bermata keranjang boleh mencuci mata sambil menambah dosa melihat minah2 saleh berbikini dan berenang-renang di dlm laut.

Sepanjang kursus, kami dibimbing oleh 4 org pensyarah drpd USM dan mereka juga merupakan usahawan2 yg berjaya. Terlalu banyak ilmu yg disampaikan sehinggakan kalau nak dibandingkan dgn ilmu usahawan yg kita belajar selama satu semester kat universiti tu, jauh lebih banyak ilmu yg kami dpt sepanjang seminggu berkursus ni.

No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com