28 August 2009
Civilization IV : Colonization [PC game]
Sebenarnya PC game ni adalah remake kpd PC game yg pernah dihasilkan pada tahun 1994. Inilah kali pertama aku bermain game drpd francais Sid Meier’s Civilization. Pada mulanya aku ingatkan game ni lebih kurang macam Total War. Tapi rupa-rupanya aku tersilap. Total War dan Sid Meier’s Civilization adalah merupakan siri game real-time strategy, yang membezakan mereka ialah Total War menumpukan lebih kepada peperangan sedangkan Civilization pula lebih menumpukan kepada pembinaan bandar.
Selain itu, cara peperangan dlm Civilization nyata sangat berbeza dan tidak begitu kompleks. Ini menjadikan PC game ni lebih unik berbanding siri2 game real-time strategy lain yg pernah aku main seperti Age of Empire, Rise of Nation dan Empire Earth.
Sid Meier’s Civilization IV: Colonization sebenarnya bukanlah expansion pack kpd Civilization IV. Ia boleh dimainkan tanpa perlu menginstall Civilization IV terlebih dahulu. Berlatar belakangkan zaman imperialisme, dalam game Colonization para pemain perlu mendirikan sebuah negara di benua Amerika yg dipanggil New World. Antara kuasa imperialis yg terlibat ialah Inggeris, Belanda, Sepanyol dan Perancis. Apabila sampai masa yg sesuai, pemain perlu membebaskan diri drpd negara ibu (motherland) di Eropah dgn mengisytiharkan kemerdekaan negara baru tersebut. Kemudian Raja di Eropah akan menghantar bala tenteranya yg sangat besar utk menyerang negara baru itu. Bukan itu sahaja ancaman yg ada, kaum orang asli (Red Indian) turut berpotensi menjadi ancaman kpd pemain. Namun tidak mustahil utk pemain mencapai kejayaan. Kalau Amerika Syarikat berjaya memerdekakan negara mereka drpd England tiga ratus tahun dahulu dgn bilangan tentera yg jauh lebih kecil drpd tentera raja Inggeris, mengapa para pemain tidak boleh? Yakin boleh!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ini yang ko update..hahaha
ReplyDeletewah mcm best je nie..mst dicari..hehehe
ReplyDelete