23 December 2009

Akulah engineer gaji paling rendah kat Malaysia ni

Dah sebulan lebih aku keje kat company ni. Aku rasa cam nak berentilah. Nak cari keje lain. Hehe.. orang lain ramai lagi yg masih menganggur dan menunggu peluang pekerjaan. Aku pulak dah ada keje tapi nak berenti. Tekanan aku keje kat sini. Aku rasa aku mmg tak sesuai keje bahagian QC la. Aku ingat nak apply tempat lain, nak cuba bhg design atau projek. Barulah aku rasa seronok buat keje yg aku suka.

Keje bhg QC ni banyak gile keje tapi itu aku tak kisah sgt. Aku willing to learn. Cuma aku lebih suka keje yg dpt meningkatkan kreativiti macam bhg design atau pun keje yg boleh makan angin macam bhg projek. Kalau bhg QC ni setiap hari keje aku inspect, inspect, inspect. Terus terang aku dah mula apply keje lain skg ni. Kalau dpt pegi interview, aku nak resign la drpd company ni.

Semangat aku dah pudar utk teruskan kehidupan kat sini. Aku rasa bos aku mmg tak impress dgn tahap pencapaian aku setakat ni, tapi dia tau yg aku boleh buat keje. Bos HR pulak dah cop aku kaki datang lewat. Setiap pagi aku dtg keje antara julat 7.59am - 8.03am. Dah kena sound, tapi aku buat tak peduli je.Perlukah aku mengambil keputusan utk berhenti? Apa pulak bos aku kata nanti? Atau mungkinkah dia pun rasa aku tak sesuai utk keje kat sini? Aku mula menghitung hari berapa lamakah lagi aku sanggup berada di sini?


5 comments:

  1. rilek la.belajar cinta dengan apa yang kita buat.atleast kne bersyukur dari jadi macam Apek yang keje ngabiskan duit family jer.wakakaka.

    ReplyDelete
  2. babi ko razi..cam sial babit kan aku..lek jim..bulan satu nie mest banyak keje open..

    ReplyDelete
  3. ... yang penting keyakinan diri kene tinggi...mana mana pun boleh berjaya...

    ReplyDelete
  4. betul bro.. keyakinan mesti tggi..

    ReplyDelete
  5. lek zim..aku tujukan lagu hujan yg bertajuk dugaannya kt ko..camner lagu tu aku x tau sbb aku lyn tomok-rindu terhenti skang..

    ReplyDelete

http://www.emailcashpro.com