28 December 2009
Setiap yg bernyawa pasti akan mati
Sabtu, 26 Disember 2009
Ketika aku sedang menikmati minum petang di dapur, emak aku memberitahu bahawa salah seorang sepupu dia meninggal dunia kerana terlibat dlm kemalangan jalan raya di Perak malam tadi. Seperti biasa aku buat endah tak endah aje la. Emak aku kata yg sepupu dia tu dlm perjalanan ke Perlis dgn menaiki sebuah bas ekspres. Dan dia juga merupakan seorang student unimap. Terus aku mengambil perhatian. Aku tak pernah tau pun ada saudara mara aku yg belajar kat unimap. Lantas emak aku menambah bahawa sepupu dia tu baru masuk unimap pada awal bulan Julai yg lalu.
Pada pukul 8.00 malam, di kaca televisyen terpapar berita kejadian kemalangan tersebut. Aku dapat melihat nenek saudara aku kat televisyen dlm keadaan sedih. Difahamkan sebanyak 10 orang terkorban termasuk dua org pelajar unimap, dan salah seorang drpdnya adalah bapa saudara aku yg berusia 22 tahun.
Ahad 27 Disember 2009
Kejadian kemalangan ngeri tersebut menjadi tajuk utama akhbar-akhbar tempatan. Gambar arwah bapa saudara aku terpampang di muka depan akhbar. Memang aku tak pernah kenal arwah. Mungkin sbb dia saudara jauh (Emak dia dgn datuk aku adik-beradik). Walau apapun, aku turut bersedih dan berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat tuhan. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
takziah
ReplyDelete