11 January 2010

Aku berjaya!

Petang tadi aku berjaya memandu selepas berhenti di jalan mendaki(bukit) tanpa menggunakan bantuan hand brake. Bravo! Bravo! Ceritanya begini: Masa tu aku dlm perjalanan nak pulang ke kilang aku. Lepas masuk satu simpang tu boleh lak ada satu lori parking tengah jalan. Maknanya tinggal satu lorong je la. Masa aku tengah mendaki jalan tu, tiba-tiba ada sebuah van turun dari atas. Pastu dia siap hon lagi kat aku, padahal itu jalan aku. Lori tu berenti kat jalan dia.

Mula2 aku taknak mengalah sbb aku nak lepaskan jalan mendaki tu. Tapi last sekali aku terpaksa menekan brek dan berenti jugak kat situ sbb kalau aku teruskan jugak eksiden la nanti. Aku tau aku tgh berenti kat jalan mendaki yg agak curam. Tapi mungkin sbb hati aku tgh panas dgn kelakuan van tadi maka aku pun masuk gear satu, angkat clutch terus tekan minyak. Dan aku berjaya meneruskan perjalanan tanpa mati enjin atau kereta aku melurut ke belakang. Bravo! Bravo! Aku berjaya mengatasi fobia di jalan mendaki! Memang aku jenis yg tak suka pakai hand brake. Sbb tu aku jarang bawa kereta. Aku takut kalau tersangkut dlm traffic jam kat jalan mendaki. Malas aku nak main hand brake. Sebenarnya masa dulu ayah aku tak kasi guna hand brake. Ayah aku suruh berlatih seimbangkan clutch dgn minyak. Tapi aku bukan Takumi Fujiwara. Kalau aku Takumi Fujiwara, dah tentu ayah aku bagi segelas air dlm cawan setiap kali aku bawa kereta. (Gambar sekadar hiasan)




Aku dapat lesen memandu B2 dan D masa tahun 2004, masa tu umur aku 17 tahun. Maknanya skg ni dah 6 tahun aku memiliki lesen memandu. Namun begitu aku bukanlah berpengalaman memandu kereta ni. Antara tahun 2005 hingga 2009, sebenarnya boleh dikatakan aku langsung tak pernah bawa kereta. Bila dah keje ni, barulah aku bawa kereta balik. Itu pun pasal mak aku tak bagi bawa motor pegi keje. Hari tu mak aku tanya nak mak belikan kereta baru ke atau kereta second hand? Aku pun cakap la nak kereta second je, tapi automatic. Jadi, mak aku pun beli kereta kelisa terpakai utk aku. Tapi bila aku start keje, mak aku suruh guna kereta kancil yg ada kat rumah aku dulu. Disebabkan kereta kancil tu manual, aku tak berani bawa jauh2. Maka aku pun guna utk ulang alik pegi keje je. Nak pegi pekan Rawang pun aku malas.

Selama dua bulan aku kat Rawang ni, paling tinggi gear aku pernah pakai ialah gear empat. Itu menunjukkan bahawa aku memandu kereta dgn sangat perlahan. Tapi mulai minggu lepas aku dah mula berani bawa kereta pakai gear lima. Lepas ni nak belajar drift pulak rasanya.

2 comments:

  1. haha..tebalik kang kancil ko tue kalo drift..upload gamba kete ar..heheeh

    ReplyDelete
  2. dasyat2..ak skrg ni fobia tme nk daki bukit. hrp dpt jd pro nt.haha

    ReplyDelete

http://www.emailcashpro.com