Aku baru saja balik drpd interview kat menara berkembar petronas pagi tadi. Dah lama tak pegi interview. Inilah interview pertama sejak 6 bulan yg lalu. Berikut ialah imbasan kembali apa yg telah berlaku pagi tadi. Keluar je drpd kereta, aku terus berjalan menuju ke kaunter di Tower 1 dgn harapan berpeluang utk menaiki menara berkembar tersebut. Tapi bila aku bertanya kpd abg polis yg jaga kaunter tu, dia kata, “Company tu bukan kat atas ni dik. Adik keluar pintu ni, belok kanan. Adik nampak lif, masuk pastu tekan butang P2. Ofis dia kat tempat parking.” Sekali kat tempat parking lak ofis dia. Baru ingat nak naik skybridge.
Nak diringkaskan cerita, sampailah giliran aku utk ditemuduga. Please describe yourself, itu soalan pertama yg diajukan. Aku pun ceritalah aku belajar katne, apa kelulusan aku dan apa pengalaman kerja aku. Kemudian dia tanya kenapa you dah jadi engineer, tapi nak tukar jadi management trainee? Aku pun cakap la yg aku nak tambah ilmu, aku dah bosan keje kat kilang dan aku nak cabaran baru, contohnya keje kat site. Takkan aku nak cakap sbb gaji aku rendah kot. Dah la hari ni interview semalam baru dpt call. Mana sempat nak prepare ayat2 manis. Belasah je la.
Kemudian dia pun terangkan kat aku kenapa dia pilih aku utk interview. “Awak keje bhg kawalan kualiti, ini kriteria yg kami inginkan. Tugas awak nanti ialah mengetuai budak2 technician utk jaga maintenance kat bangunan klcc ni. Sbg engineer, awak kena pastikan mereka buat keje mengikut piawaian yg kami nak.
“Kenapa? Apa expectation awak sebenarnya?” tanya beliau setelah melihat aku seperti terpinga-pinga. “Bukan ke company ni ada division yg buat construction utk pipeline dan welding?” tanya aku pula. “Ya, tapi itu keje kat Melaka dan Terengganu. Utk kat sini kita buat maintenance HVAC je,” jawabnya utk menyelesaikan kekeliruan yg timbul di fikiran aku. “Utk bhg welding biasanya kitorang amik budak unikl sbb diorang ada bidang yg specialize dlm welding technology,” tambah beliau lagi.
Sesi interview ingin aku tamatkan di situ saja. Tapi beliau pantas memberi satu nasihat kpd aku, “Macam ni la, saya punya advice awak stay dulu kat company awak ni sampai cukup setahun. Awak pun dah keje 7 bulan. Lepas cukup setahun baru la value awak akan naik”. Bila dia cakap camtu aku pun faham la yg dia taknak amik aku. Betul, mungkin aku punya expectation berlainan. Aku ingatkan nak masuk industry oil&gas tapi rupa2nya aku dipanggil interview utk industri M&E pulak. Kesimpulannya inilah interview yg paling cepat pernah aku lalui.
Susah jugak nak masuk bidang oil&gas ni kalau takde experience. Nampaknya terpaksa la aku stay dulu kat company aku sampai bulan oktober ni. Hari isnin ni, MD aku masuk keje setelah 3 bulan melepak kat Australia. Aku rancang nak amik m.c. satu hari. Mesti la aku nak lari. Abis tu tangki stainless steel yg banyak2 kene rejek bulan Mac hari tu sapa nak jawab? Run baby run….
Adoi kau nie.Dah la bagi aku pula la nak inteview.Dah bosan sambung master
ReplyDeleteklu nk jd engineer maintenance m&e 4 building facilities, especially hvac, mmg diorg nk yg ade experience..
ReplyDelete