Petang tadi ketika aku ingin makan tengahari pada pukul 6 petang, kelihatan emak aku sedang mengeluarkan pinggan mangkuk. Lantas aku bertanya; “Ada orang nak datang ke, mak?”.“Kawan adik kamu kat luar tu, pegilah salam dia” jawab mak aku.
“Lelaki rupanya, boyfren dia kot,” getus hati aku setelah melihat kawan dia dan aku terus berjabat tangan. Hanya sekadar memperkenalkan diri, takde soalan maut yg aku kemukakan. Aku terus masuk ke dapur utk menyambung lunch. Hanya emak dan ayah yg melayan tetamu tersebut. Aku pun tak tahu siapa tetamu tu. Mungkin kawan biasa atau kekasih? Abang angkat mungkin? Apa yg pasti nampaknya adik perempuan aku telah maju setapak. Memperkenalkan kawan lelaki kpd emak dan ayah, macam ada pape je ni? Adakah aku akan mendapat adik ipar dlm masa dua tiga tahun lagi?
Aku kemudian berfikir. Masa telah berubah. Aku bukan budak2 macam dulu lagi. Drpd dulu lagi aku asyik suka main game dan lukis komik. Macam budak2 je. Walaupun aku dah bekerja, tapi hobi aku tetap sama. Aku tak suka bersosial sebaliknya menghabiskan masa sendirian. Bukan takde yg ajak aku keluar. Kawan aku selalu ajak pegi bercuti dan menikmati pemandangan luar, tapi aku sering memberi alasan sibuk. Ada yg ajak aku lepak rumah dia, tapi aku tak nak. Lain pula halnya adik perempuan aku, setiap hujung minggu aku tengok dia keluar dgn kawan. Tak tau la kawan lelaki ke pompuan.
Nasib baik aku takde girlfren. Boleh aku main game puas2. Tapi sampai bila agaknya aku akan berterusan camni. Setiap kali rakan sekerja tanya aku buat apa sorang2 kat rumah, aku akan cakap main game. Terus mereka gelakkan aku. Biarlah, aku hanya gembira buat apa yg aku suka. Tapi aku ingat nanti aku nak cuba aktiviti baru la pulak. Aktiviti tersebut ialah sembahyang berjemaah di surau. Bulan Ramadhan pun dah semakin hampir. Aku harap aktiviti ini akan dapat aku laksanakan, takkan nak selalu sembahyang sorang2 je. Inilah peluang utk bersosial di jalan yg diredhai tuhan.
haha..slamat berpuasa bulan depan
ReplyDeletekau bila nak ada awek nie?hahaha.gua xsabar nak tgk awek lu.
ReplyDeleteKo kena faham keadaan aku. Zaman skg ni, awek suka lelaki pakai kereta besar. Batang besar pun takde gunanya kalau pakai kereta kecik. hahahaha..
ReplyDeletehahahaha.besa punye
ReplyDelete