22 September 2010

Lagenda budak sekolah - part 2

Have you ever loved a man? It’s an unfold secret…

Hari itu, Jin berpuasa sunat. Tapi kawan baik Jin, si Asrif tak puasa la pulak. “Sorry, hari ni aku tak puasa la Jin,” cakap Asrif. “ Nampaknya terpaksa buka puasa seorang diri la ni,” cakap Jin dalam hati. Sewaktu Jin berjalan di koridor bawah asrama putera, Jin terpaandang koridor atas. Kelihatan Mus sedang menuruni anak tangga. Tidak semena-mena Mus menghadiahkan satu senyuman ikhlas kepada Jin. Jin hanya memandang Mus dari jauh, kaku tanpa suara.

Sepanjang minggu itu, setiap malam Jin dan Mus bersama. Mereka bergelak ketawa, bergurau senda. Mus selalu cerita pasal akak cun dia dan selalu cakap yang dia nak main utk Piala Perdana Menteri. Jin hanya memberi semangat kepada Mus supaya berlatih bersungguh-sungguh.
Hari khamis, cuti hari keputeraan Yang Dipertuan Besar. Jin kena pergi pertandigan melukis dengan Halim dan budak-budak junior di Seri Menanti. Mereka balik waktu tengahari. Lepas tu, Jin terus balik dorm cari Mus.Rupa-rupanya Mus dekat dorm Asrul. Jin terus bersembang dengan Edy, Cip dan Asrul pasal pertandingan tersebut.

Malam tu, ketika Mus dan Jin berborak, Kim datang lalu menarik tangan Jin. “ Jin, sini kejap.” Cakap Kim. Kim terus duduk sebelah Mus, adik kembar dia. Jin terdengar sedikit perbincangan budak kembar tu, tentang nak balik rumah. “Kau nak balik, balik la!” cakap Mus kepada Kim dengan nada sedikit marah.
Esoknya, Ikram datang jumpa Jin. “Jin, balik jom! Kita fly. Kim dengan Mus balik,” cakap Ikram. Kemudian Jin jumpa Mus. “Alah, Mus. Janganlah balik.Karang kantoi nanti,” pujuk Jin. “ Jom la, Jin. Aku balik nak ambil duit untuk pergi Piala Perdana Menteri.” cakap Mus.

Tengahari itu, waktu sembahyang Jumaat ketika mendengar khutbah Mus duduk sebelah Jin. Lepas sembahyang, Jin pujuk Mus lagi sekali, “Janganlah balik, Mus.” Kemudian sampai di asrama Jin terus menuju ke dorm Mus. “Kau apasal ni? Takde keje lain ke?” tanya Mus. “Pegi la makan ke, bodoh la…” tambah Mus. “Malas la nak makan,” jawab Jin lemah. Beberapa minit kemudian, Mus keluar dorm. Jin pula dalam perjalanan nak balik dorm. Jin dan Mus bertembung, tapi Mus buat tak tahu je. Sepuluh minit kemudian, Ikram, Mus, Kim, Toyol dan Gajus pun beredar daripada asrama untuk fly. Ketika menuruni tangga Mus memandang ke koridor atas dan senyum kepada Jin. Jin berasa amat sedih ketika itu.

Malam itu, waktu prep, Tombak ajak Jin study kat kelas dia, 3A. “Entah la, Bak! Aku tak tahu kenapa aku rasa rindu sangat pada Mus,” cakap Jin. “Alah, nanti balik la si Mus tu. Dua hari je..” cakap Tombak. Tombak terus tutup buku. Mereka bercerita. Manakala Jin lebih banyak bercerita tentang Mus.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com